Perusahaan merupakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang samaada secara kecil - kecilan atau besar - besaran dengan tujuan untuk mendapatkan hasil yang berpatutan. Terdapat pelbagai perusahaan yang boleh dilakukan dimuka bumi ini dan ianya hanya bergantung kepada kemahuan dan daya upaya seseorang. Minat boleh dipupuk walaupun secara perlahan - lahan.
Umumnya perusahaan terdiri daripada beberapa sektor iaitu, pertanian, perikanan dan perindustrian. Pertanian adalah merangkumi (tanaman seperti sayur - sayuran, kelapa sawit, getah dan sebagainya), manakala Perikanan (kegiatan menangkap ikan atau hidupan dilaut atau sungai), begitu juga dengan Perindustrian (terdiri daripada kilang - kilang yang memproses bahan mentah untuk dijadikan produk, antaranya; ayam dalam tin, tayar, perabot dan sebagainya).
Lantaran daripada itu, penulis ingin mengajak bagaimana perusahaan perikanan khususnya dilakukan oleh pengusah samaada di kawasan pinggir pantai, laut dalam dan sungai. Berikut adalah kegiatan dalam sektor perikanan;
Memukat adalah cara untuk menangkap ikan. Ia boleh dilakukan di kawasan pinggir laut atau sungai. Hujung pukat akan diikat dari satu hujung yang mana akan dipacakkan kayu dan pukat akan ditarik ke hujung yang satu lagi. Pemasangan pukat haruslah menyiring sedikit dengan tidak melawan harus, bagi mengelakkan ianya kencang dan dibawa hanyut. Pukat akan dibiarkan selama satu atau dua jam, bergantung kepada keadaan sebelum menuai hasilnya.
Memancing adalah cara yang mudah untuk menangkap ikan, kerana seseorang hanya menghulurkan tangsi ke dalam laut atau sungai dengan harapan ianya di patuk dan di makan oleh ikan. Memancing boleh dilakukan dengan menggunakan joran atau pancing gulung. Perusahaan ini boleh dilakukan di lautan dan juga sungai.
Merawai adalah satu kegiatan menangkap ikan, dimana cara ini sama seperti memancing. Rawai adalah satu tali atau tangsi yang panjang, dimana setiapempat atau lima kaki akan dipasangkan mata kail. Panjang rawai adalah bergantung kepada pemiliknya. Perusahaan merawai adalah lebih lumayan kerana, sekali merawai pasti akan mendapat lebih daripada satu ekor ikan akan dinaikkan. Cara memasang rawai adalah sama seperti memukat, namun akan diletakkan batu di bawanyaa agar ia tenggelam.
Satu lagi perusahaan dalam sektor perikanan yang dilakukan oleh nelayan untuk menangkap ikan dengan kaedah mengampas. Cara ini amat mudah, namun memerlukan kepakaran, khususnya pasang surut air laut. Lazimnya mengampas dilakukan di tepi pantai, dengan memasang jaring - jaring, yang mana setiap jarak dua ke tiga depa jaring akan ada sebatang kayu mendokongnya. Jaring akan di pasang secara melengkong ditebing pantai, dengan memacakkan kayunya ke dalam tanah agar ianya kukuh dan tidak dibawah harus. Setelah air surut, ikan - ikan dan hidupan lain akan terperangkap, kerana tidak dapat melimpasi jaring berkenaan.
Menunda boleh dilakukan secara menggunakan kapal tunda / bot yang kecil sahaja. Di era teknologi ini, perusahaan ini banyak dilakukan oleh kapal - kapal besar yang menggunakan kemudahan GPS canggih yang mampu mengesan ikan - ikan di dasar laut. Hasilnya yang lumayan dan sangat mudah dilakukan kerana, ianya menggunakan mesin. Pukat yang digunakan juga adalah besar dan jumlah tangkapan tidak hanya tertumpu kepada ikan, malahan sotong, ketam, udang dan sebagainya. Cara perusahaan ini dilakukan, dengan menunda pukat yang diturunkan ke laut dan akan ditundah sejauh empat hinggah lima kilometer, mengikut jurumudi kapal serta kesanan pada GPS aatau radar.
Merambat juga adalah salah satu perusahaan dalam sektor perikanan yang mana kaedah ini dilakukan di kawasan tebing - tebing sungai, laut atau tasik. Rambat adalah seperti payung, dimana bahagian atasnya dilitupi oleh tangsi, manakala hujungnya dipasangkan batu - batu (Tima) sebagai pemberat. Cara merambat iaitu, ia akan diletakkan di bahu dan akan dilemparkan ke kawasan yang dituju. Rampat akan terbentang luas, seperti payung dan memerangkap ikan - ikan atau udang agar tidak terlepas dari lingkupannya.
|
Contoh; Perusahaan Perikanan dengan cara MERAMBAT |
0 Comments