JOM BERCUTI DI BORNEO TREE HOUSE

JOM BERCUTI DI BORNEO TREE HOUSE

Borneo Tree House merupakan salah satu tempat percutian bersama keluarga atau tempat yang strategik untuk megadakan ativiti seperti family day bagi kakitangan jabatan kerajaan ataupun swasta. Lokasi Borneo Tree House terletak di kawasan Darau yang mana termasuk dalam Daerah Kota Kinabalu. Perjalananya hanya mengambil masa 45 minit dari Terminat Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA), dengan menaiki Bus Charter atau khidmat e-hiling (Grab, Maxim atau Mycar). Kawasannya yang luas, menyediakan tempat yang selesa untuk percutian. Tempatnya juga sunyi dan jauh dari kesibukan kota. Pemilik Borneo Tree House juga menawarkan harga yang berpatutan, yang mana pengunjung pastinya berpuas hati dan tidak merasa rugi untuk mengunjungi tempat berkenaan. 

Penginapan atau homestay yang disediakan boleh dipilih samaada pengunjung mahu di tinggal atau menginap di rumah atas pokok atau rumah kontena. Keadaan rumah yang bersih dan selesa, pastinya amat berbaloi untuk di kunjungi. 



Pandangan dari sudut atas, Borneo Tree House


Selain daripada itu, Borneo Tree House juga menyediakan prasarana Dewan Sebaguna yang besar dan selesa. Aktiviti nyayian (karaoke), persempahan dan kursus boleh di lakukan di dewan berkenaan. Kapasiti dewan mampu menampung kira - kira 100 ke 200 peserta. Permainan indoor juga boleh dilakukan di dewan berkenaan seperti permainan perebutan kerusi, tiup balon dan lain - lain lagi. 

Ketika waktu pagi atau penat bermain aktiviti,pengunjung boleh berendam di kolam renang yang disediakan. Airnya yang bersih dan di suling sememangnya menghangatkan lagi suasana badan. Saiz kolamnya yang sederhana, namun rasa seronok untuk bermandi manda. 

Kawasan Borneo Tree House yang luas, membolehkan pengunjung bermain Basikal atau aktiviti senaman robik. Kawasannya yang terletak dipinggir bandar, pastinya menyajikan udara yang segar. Pekerja - pekerjanya pula, sangat peramah dan membantu untuk sebarang permasalahan yang dihadapi. 

Rumah Kontena, di Borneo Tree House


Lantaran daripada itu, pengunjung boleh membawa makanan mentah sendiri untuk aktiviti bbq, sememangnya aktiviti ini adalah yang paling hangat, apabila bahan - bahan yang disajikan itu sangat menyelerakan. Bahan mentah berkenaan, boleh di simpan di dalam freeze yang disediakan oleh pemiliknya. 

Percutian, di Borneo Tree House bukan sahaja berbaloi dari segi harga dan prasarananya, namun dalam masa sama pengunjung dapat menyenangkan fikiran dan merehatkan anggota badan. Di samping itu juga, mengaktafkan lagi ikatan silaturrahum sesama keluarga atau rakan - rakan. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian