KEBENARAN PERLAKSANAAN AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU

KEBENARAN PERLAKSANAAN AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya WuhanHubeiChina, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 30 Ogos 2020, lebih daripada 25.3 juta kes COVID‑19 telah dilaporkan di lebih daripada 188 buah negara dan wilayah, mengakibatkan lebih dari 843,000 kematian; lebih daripada 16.4 juta orang telah pulih. Sumber ; myilmupelita


Sehubungan daripada itu, Kerajaan Negeri Sabah khususnya MUFTI hari ini 27 Oktober 2020, dalam keratannya  telah memaklumkan bahawasanya seperti berikut; 

KENYATAAN MUFTI MENGENAI KEBENARAN PERLAKSANAAN AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BERKUATKUASA PADA 27 OKTOBER 2020 SEHINGGA 09 NOVEMBER 2020. 

  • Aktiviti di Masjid dan Surau dibenarkan untuk melaksanakan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat bermula pada 27 Oktober 2020/ 10 Rabiulawal 1442H hingga 09 November 2020/ 23 Rabiulawal 1442H kepada Masjid dan Surau yang terpilih sahaja di zon hujau dan kuning sahaja di Negeri Sabah yang akan ditentukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
  • Bilangan jemaah solat lima waktu di Masjid dan Surau yang dibenarkan adalah 12 orang sahaja, manakala bilangan jemaah solat Jumaat adalah 40 orang sahaja. Bilangan ini termasuk pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau yang terpilih.
  • Jemaah Masjid dan Surau yang dibenarkan adalah dinasihatkan agar membaca surah Yasin setiap kali selesai solat Fardu Lima Waktudan solat Jumaat dengan niat memohon kepada Allah SWT agar Negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya dijauhi segala bencana dan malapetaka khususnya Covid-19.
  • Aktiviti di Masjid dan Surau selain solat berjemaah dan solat Jumaat serta membaca surah yasin adalah tidak dibenarkan dalam tempoh tarikh yang dikuatkuasakan.
  • Justeru itu, Masjid dan Surau yang terpilih hendaklah melaksanakan semua garis panduan dan standard operating procedure (SOP) yang berkuatkuasa dan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib







Post a Comment

2 Comments

  1. Mantap...penabur ilmu sesuai dgn blog ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, akan sentiasa berkongsi ilmu untuk manfaat bersama

      Delete

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia