KEISTEMEWAAN KERJAYA SEORANG RUNNER

KEISTEMEWAAN KERJAYA SEORANG RUNNER

Memberi khidmat yang terbaik kepada para pelangan. Itulah antara kata kunci yang dipegang agar perkhidmatan yang disediakan memberi kepuasan dan kepercayaan kepada pelanggan.

Runner, merupakan salah satu kerjaya yang tidak asing lagi pada masa kini dan ramai yang berkecimpung dalam kerja seumpama ini, tidak kira tua mahupun mudah. Matlamat utama adalah mendapat sumber pendapatan yang bersih demi kelangsungan hidup. Dalam pada itu ada juga yang menjadikannya sebagai pendapatan sampingan atau hobi.

Umumnya kreatif seorang runner, adalah bergantung kepada kerajinannya serta caranya memberi khidmat terbaik kepada setiap pelanggan.

Sedikit dikongsikan, pengalaman dari seorang rakan karib, iaitu seorang runner bernama En. Raef (bukan nama sebenar) yang pada mulanya berjinak - jinak menjadi runner atas pengaruh rakan. Berbekalkan hanya sebuah motosikal, dia memulakan perniagaan sebagai runner, hanya untuk mengisi masa lapang. Hari demi hari dia mendapat pelanggan dengan menghantar, membeli pelbagai jenis barang, bergantung kepada tempahan pelanggan. Bermula dari suka - suka, minat En. Raef bertukar menjadi pekerjaan, dia memulakan strategi hebat dengan mengiklankan khidmatnya di media sosial facebook dan whatsapp. Saban hari pendapatannya mula bertambah, sehinggakan dia mampu menampung perbelanjaan orang tuanya di kampung. 


Justeru daripada cerita yang dikongsikan, mari kita rungkai beberapa kelebihan yang tersirat dalam kerjaya sebagai seorang runner;

  • MASA BEKERJA FLEKSIBLE
Sebagai seorang runner, anda tidak terikat dengan mana - mana syarikat atau agensi. Anda bebas mengatur masa memulakan kerja dengan serpurna. Anda juga dapat menyeimbangkan tenaga anda bekerja dan waktu tidur dengan lebih sihat. Selain itu, anda tidak terasa terkongkong dalam melakukan kerja berkenaan
  • PENDAPATAN TERKUMPUL DIPEROLEHI 
Pendapatan yang diperolehi tidak dikongsikan dengan mana - mana pihak atau orang kedua atau potongan. Runner dapat pendapatan bulat atau keseluruhannya, dan hanya menolak kos perbelanjaan minyak dan makan. Sebagai runner juga, anda bebas membahagi - bahagikan atau membelanjakan atau menyimpan sejumlah yang anda kehendaki. 
  • BERTEMU RAMAI KENALAN 
Kerjaya sebagai runner adalah sangat seronok, di mana anda dapat bertemu dengan ramai rakan baharu. Ini kerana secara tidak langsung pelanggan yang anda bantu akan menjadi kenalan dan sahabat anda. Dalam masa sama, ia amatlah baik dan mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang positif. Kepercayaan yang anda curahkan, menjadikan ramai pelanggan yang sama akan sentiasa mendapatkan khidmat anda. Disamping itu juga, kepuasan pelanggan dicapai dengan rasa gembira, apabila dalam masa yang sama, anda dapat mempermudah urusan pelanggan anda. 
  • KURANG TEKANAN
Umumnya setiap pekerjaan yang dilakukan sememangnya ada tekanan, dan ia boleh di atasi dengan baik dan bergantung kepada kebijaksanaan seseorang. Namun demikian, kerjaya sebagai seorang runner akan berhadapan dengan tahap tekanan yang rendah, ini kerana anda tidak terbeban atau rasa terkongkong, ibaratnya anda adalah majikan dan anda juga adalah pekerja. Anda boleh mengatur kerja anda sesuka hati anda. 
  • KOS PERMULAAN YANG MINIMUM
Memulakan kerjaya sebagai runner, tidaklah memerlukan modal yang banyak. Anda hanya perlukan telefon bimbit, motosikal, lesen meunggang kenderaan motosikal dan kemahiran. Seharian bekerja, pastinya anda akan beroleh keuntungan. Kebijaksanaan anda dengan membuat simpanan sebagai cintoh sebanyak 20% daripada pendapatan harian, pastinya akan anda rasai lumayannya pada hujung bulan. 
  • PENDAPATAN SAMPINGAN
Kerjaya sebagai seorang runner, juga mampu menambah pendapatan sampingan. Lazimnya jika anda telah mempunyai jawatan atau pekerjaan tetap, anda masih boleh menambah pendapatan anda dengan melakukan kerja - kerja sampingan seperti kerjaya seorang runner. Anda akan dapat rasa, wang pendapatan bulanan anda akan bertambah, malahan sumber pendapatan pertama tidak akan terusik, kerana pendapatan daripada runner boleh membiayai perbelanjaan harian anda. 











Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia