Pokok kelapa merupakan salah satu tumbuhan yang tumbuh di kawasan pinggir atau tebing sungai atau kawasan rata bertanah gambut atau pasir. Terdapat banyak jenis pokok kelapa antaranya kelapa biasa, kelapa mawar, kelapa D24, kelapa pandan dan banyak lagi. Hari ini dapat kita lihat, ramai pekebun - pekebun kecil dan sederhana mengusahakan pokok kelapa, ini kerana permintaanya yang meningkat di pasaran.
Sedarkah kita bahawa menanam pokok kelapa banyak memberi kegunaan atau manfaat dalam kehidupan. Penulis ingin mengimbau dan seterusnya berkongsi dengan para pembaca tentang yang telah dilalui oleh penulis untuk perkongsian ilmu bersama. Mari kita huraikan degan lebih terperinci tentang beberapa keistemewaan apabila menanam pokok kelapa, antaranya;
Batang pokok kelapa adalah lurus dan tidak mempunyai sebarang ranting. Lazimnya di kawasan kampung, batang kelapa sering dijadikan titi atau jembatan untuk merentasi anak sungai. Batang pokok kelapa akan disusun rapat dua atau tiga batang agar memudahkan para penduduk di kampung berkenaan berjalan di atas titi berkenaan. Dari hujung ke hujung akan disediakan pemegang agar mereka yang lalu tidak terjatuh ke sungai.
Pelepah pokok kelapa yang kering boleh dijadikan bahan kayu api untuk kegunaan memasak di dapur. Tahukah para pembaca, di kawasan kampung pelepah adakalanya dijadikan unggun api di waktu malam untuk menghalau serangan nyamuk atau serangga.
Duan kela bileh di jadikan atap rumah, ketupat dan lidinya boleh dijadikan penyamu. Penyamu lidi boleh dijual di pasar - pasar borong yang mana kebanyakannya sering digunakan oleh suri rumah untuk menyapu halaman depan rumah. Keperluan ketupat sememangnya amat laris diwaktu perayaan, khususnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Selain daripada intu juga, daun pokok kelapa dijadikan permainan seriling atau tiup - tiup oleh golongan kanak - kanak. Kealunan bunyi permainatan berkenaan adalah bergantung bulatan atau lengkungan daun kelapa, serta kepakaran pembuatnya.
Lazimnya buah kelapa yang baru tumbuh atau mudah, boleh di tuai untuk dijadikan nira kelapa. Proses pembuatan nira amatlah teliti bagi mengelakkan rasanya masam. Nira kelapa merupakan salah satu produk yang memberi pulangan yang lumayan jika diusahakan dengan lebih tekun.
- Buah kelapa muda / matang
Buah kelapa yang telah matang boleh dimakan begitu sahaja dengan airnya yang amat menyelerakan. Selain rasanya yang sedap, buah kelapa mempunyai banyak khasiat kepada anggota badan, antaranya; mengatasi dehidrasi, menguatkan sistem imun, menambah energi, mencegah penuaan kulit, membentu sistem pencernaan, menghilangkan racun dalam badan, menyembukan alergi kulit, bermanfaat bagi bumil, mengatasi rambut rontok dan menurunkan berat badan. sumber manfaat buah kelapa Dalam pada itu, buah kelapa juga boleh dijadikan puding serta sajian makanan seperti jus kelapa, dan abc kelapa. Buah kelapa juga boleh dijadikan santan untuk bahan atau perenca dalam makanan.
Dengan teknologi moden, tempurung kelapa juda diproduksi dan dikomersialkan sebagai bahan perhiasan rumah dan cenderamata. Tempurung diukir dan dijadikan sudu, rantai, gelang serta macam - macam lagi.
0 Comments