KEISTEMEWAAN SAYUR - SAYURAN TEMPATAN

KEISTEMEWAAN SAYUR - SAYURAN TEMPATAN

Khasiat sayur - sayuran tempatan kepada anggota badan, memmang tidak dapat dinafikan. Setiap sayur yang ditanam menghasilkan khasiat yang berbeza. Dalam pada itu juga, ada sayur yang rasanya manis dan ada juga yang ahit, namun semuanya menyelerakan jika di makan. Antara sayur - sayuran tempatan yang sentiasa terdapat di pasar seperti, sawi, khailan, kangkung, bayam, bendi, terung, pucuk paku pakis, timun, terung dan banyak lagi.

Sehubungan daripada itu, hasil daripada kajian di saluran media sosial facebook (pesan bonda), penulis ingin berkongsi beberapa sayur yang ada di pasaran menyimpan banyak khasiat kepada anggota badan, antaranya;

  • SAYUR TAUGEH
Meningkatkan kesuburan
Menghalang pembentukan kanser pankreas, leukimia, payudara
Mencegah tulang daripada rapuh
Menghalang lemak - lemak jahat (LDL) tanpa menganggu kandungan lemak baik (HDL)
Membantu membuang kotoran dalam usus besar
Menghalang tubuh daripada sel perosak DNA

  • SAYUR BENDI
Membantu mencegah diabetis 
Membantu meringankan penyakit ginjal
Membantu masalah pernafasan
Sebagai anti parasit usus
Meningkatkan kesihatan hati
mencegah sembelit
  • SAYUR SAWI
Membantu pembekuan darah
Mampu mengelakkan penyakit merbahaya seperti jantung dan strok
Menjaga tulang dari proses osteoporosis
Mencegah kancer
Mencegah penyakit alzheimer
Mengawal gula dalam darah
Memberi kesihatan mata
Mengatasi anemia yang sering terjadi pada wanita mengandung
Mampu menurunkan kolestrol dalam badan
Mencegah diabetes dan kancer kolon
  • SAYUR TERUNG
Mengawal gula dalam darah
Membantu pencernaan
Menurunkan berat badan
Melindungi sel otak dari rosak
Menurunkan risiko penyakit jantung
  • SAYUR TIMUN
Mampu menghilangkan racun dalam tubuh badan secara effektif 
Pencegah kancer
Mampu mengaktifkan antibodi badan
Membantu mengatasi sembelit
Mengawal tekanan darah
Mengurangkan kadar kolestrol
Mengelakkan penyakit diabetes




  • SAYUR KANGKUNG
Mengatasi insomnia
Anti toksin dan mencegah sembelit
Mengandungi zat besi
Anti diabetes
Membantu meningkatkan kesihatan hati


Lantaran daripada itu, pemakanan seimbang haruslah ditingkatkan dimana perlu ada karbohidrat, protien, zat besi dan vitamin agar anggota badan sentiada sihat dan cergas. Penjagaan kesihatan dengan mengambil sayur - sayuran dalam makanan adalah langkah yang baik kerana jelas bahawa sayur - sayuran mengandungi banyak khasiat baik kepada kesihatan. Dalam pada itu juga, aktiviti sosial harus dilakukan seperti bersenam agar anggota badan seimbang. 






Post a Comment

2 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian