Sukan badminton merupakan salah satu sukan yang mempu menguatkan tenaga stamina dengan lebih baik. Sukan ini selalunya di mainkan secara bergu atau perseorangan. Lazimnya permainan ini di adakan di dalam dewan, yang mana udaranya tertutup, ianya amat penting bagi mengelakkan aliran udara masuk yang boleh menyebabkan bulu tangkis tidak dapat melambung dengan baik.
Tambahan daripada itu juga, sukan badminton selalu dimainkan oleh masyarakat pada sebelah petang dan malam. Cara pengiraan sukan ini pemenang haruslah mengutip jumlah mata sebanyak 21 mata untuk menjadi pemenang.
Sehubungan daripada itu, terdapat banyak kelebihan yang tersirat dalam memainkan sukan ini. Berikut adalah beberapa kelebihan untuk dikongsi bersama, agar ilmu pengetahuan kita lebih bertambah, antaranya;
- MENGUATKAN ANGGOTA LUTUT DAN KAKI
Semasa bersukan badminton, seseorang akan berlari dalam lingkungan gelanggang yang disediakan untuk mengejar bulu tangkis. Pemain adakalanya akan melompat atau melakukan jumping smash kepada pihak lawan. Hal ini secara tidak langsung memberi hentakan kepada anggota lutut dan kaki. Anggota tersebut akan lebih gagah serta menyokong keseimbangan badan. Dalam masa sama, lutut dan kaki akan lebih utuh dan kuat.
- MENGURANGKAN BERAT BADAN BADAN
Aktiviti sukan sememangnya memberi kesihatan kepada badan. Sukan badminton juga tidak lebih kurangnya, di mana sukan ini jika dimainkan, pemain pastinya akan mengeluarkan peluh yang banyak. Hal ini secara tidak salngsung akan membakar kolori atau lemak - lemak dalam badan. Dalam masa sama, ia akan membantu mengurangkan kolestrol dalam badan.
Tambahan daripada itu juga, kesan ini membolehkan metabolisme badan anda berfungsi dengan lebih berkesan untuk mengekalkan kecergasan badan. Metabolisme yang berfungsi dengan baik juga membantu setiap sel dalam badan untuk membakar lebih banyak lemak semasa senaman dan sebagainya semasa berehat. Itulah sebabnya latihan kardo yang paling biasa dipilih untuk membantu menurunkan berat badan, kerana aktiviti ini sangat berkesan untuk membakar lemak.
- MENINGKATKAN FUNGSI KOGNITIF OTAK
Badminton boleh dikatakan satu jenis latihan otak. Jumlah aliran darah akan meningkat dengan cepat dari jantung ke otak semasa anda bergerak aktif. Ini boleh meningkatkan kerja saraf dan meningkatkan massa otak.
Satu kajian menunjukkan bahawa keupayaan pemikiran meningkat secara dramatik pada orang yang rata-rata melakukan senaman kardio 30 minit sehari selama sekurang-kurangnya lima kali seminggu. Keupayaan kognitif ini semestinya diperlukan apabila anda berjalan di sekitar lapangan untuk mengingati dan mengubah strategi, dan meramalkan serangan lawan anda.
Selain itu, banyak kajian telah membuktikan bahawa latihan kardio dapat mengurangkan risiko demensia pada orang dewasa yang sihat. Sumber : shinkotoni
|
KELEBIHAN SUKAN BADMINTON |
Tekanan sememangnya akan ada pada diri seseorang dalam pelbagai aspek. Kebijaksanaan untuk mengurus dan mengawalnya membuat seseorang akan lebih kelihatan ceria dan sentiasa sihat dan cergas.
Sukan badminton. membantu seseorang agar kelihatan cergas dan kurang terdedah atau mengalami siruasi tekanan. Semasa bersukan, segala hormon- hormon dalam badan memainkan peranan dengan menyokong atau berada pada paksi keseronokan atau kegembiraan dan secara tidak langsung memadamkan unsur - unsur negatif dalam fikiran. Jiwa akan sentiasa gembira, lebih - lebih lagi jika menjuarai permainan berkenaan. Paras tekanan juga akan menurun dengan laju, kerana semasa bersukan badminton, terdapat aktiviti sosial dengan rakan - rakan lain, yang mana pada ketika itu interaksi gurau senda, semangat sera lawak - lawak jenaka yang diutarakan menyumbang kepada paras penurunan tekanan.
- MENGUATKAN SENDI - SENDI DAN OTOT - OTOT BADAN
Semasa bersukan badminton, seluruh anggota badan akan digerakkan secara spontan. Pergerakan pantas untuk mengejar bulu tangkis dan menghantarnya semula kepada pihak lawan, secara tidak langsung membuatkan seluruh anggota badan dikerahkan agar tidak kalah dengan pihak lawan.
Pergerakan seumpanya, akan memberi kesan positif dimana seluruh sendi - sendi dan otot - otot pada badan akan bertindak balas lebih sihat.
Otot dan sendi fleksibel juga boleh mengembangkan pelbagai gerak isyarat, supaya anda mengelakkan artritis yang melemahkan pergerakan.
2 Comments
Lama dah tak main badminton.
ReplyDeleteBila musim COVID ni terus berhenti macam-macam aktiviti luar.
Betul, tapi apa pun demi kebaikan, keselamatan, kesihatan juga dan semoga pendemik berakhir. dapat melalukan aktiviti seperti sebelumnya.
Delete