Kenali Filem P. Ramlee

Kenali Filem P. Ramlee

Filem lakonan Tan Sri P. Ramlee merupakan salah satu filem yang sangat mengamit jiwa dan banyak mengandungi unsur - unsur pengajaran sera pedoman. Lazimnya lakonan Allahyarham sangat di minati oleh semua lapisan masyarakat samaada tua mahupun muda. Hari ini jelas kelihatan, ia sering kali di tayangkan di kaca televisyen dan panggung wayang. Ramai anak - anak muda sering membualkan hikayat atau cerita lakonan beliau. 

Tan Sri P. Ramlee, bukan sahaja sebagai pelakon, bahkan beliau juga merupakan salah seorang pengarah, pemain muzik dan lain - lain lagi. Bakat serta kemahiran yang ada pada beliau, menjadikan beliau mendapat banyak anugerah samaada dalam negara mahupun luar negara.

Sedikit sejarah tentang Allyarham Tan. Sri. P. Ramlee yang mana, Tan Sri Datuk Amar (Dr.Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh (Tulisan Jawi: تاوكو زكريا بن تاوكو ڽق ڤوتیه;‎ 22 Mac 1929 – 29 Mei 1973), lebih dikenali sebagai P. Ramlee, merupakan seorang penyanyipelakonpengarahpemuzik dan penulis lagu berbangsa Melayu yang berasal dari Pulau PinangMalaysia. Beliau juga digelar sebagai Seniman Agung Negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara








Berikut adalah beberapa filem yang diterbitkan dan dilakonkan oleh Allahyarham sebagai panduan serta perkongsian ilmu bersama:


Tajuk (BM)

Title (BI)

Tahun Dikeluarkan

Peranan

Abu Hassan Penchuri

Abu Hassan the Thief

1955

Abu Hassan

 

Ahmad Albab

Ahmad Albab

1968

Syawal

 

Ali Baba Bujang Lapok

Ali Baba in Burlesque

1961

Ketua Penyamun (Leader of the Thieves)

 

Aloha

Aloha

1950

Banjo

 

Anak Bapak

Like Father Like Son

1968

Che' Harun

 

Anak-ku Sazali

My Son, Sazali

1956

Hassan & Sazali

 

Anjuran Nasib

Fate's Hand

1952

Bahar

 

Antara Dua Darjat

Between Two Classes

1960

Ghazali

 

Antara Senyum Dan Tangis

Between Smiles and Tears

1952

Abidin

 

Bakti

Faithfulness

1955

Nasir

 

Bujang Lapok

Three Over-age Bachelors

1957

Ramli

 

Bukan Salah Ibu Mengandung

Not the Fault of the Mother Who Became Pregnant

1969

Dad Murad

 

Chinta

Love

1948

Putar

 

Dajal Suchi

Devotion

1965

Himself (invitation singer)

 

Di Belakang Tabir

Behind the Curtain

1969

ASP Azman

 

Do Re Mi

Do Re Mi

1966

Do (Masdo)

 

Doktor Rushdi

Doctor Rushdi

1970

Dr. Rushdi

 

Enam Jahanam

Six Plunderers

1969

Tantari

 

Gelora

Storm

1970

Rozaimi (Remy)

 

Gerimis

Drizzle

1968

Kamal

 

Hang Tuah

The Legend of Hang Tuah

1956

Hang Tuah

 

Hujan Panas

Rain Shower

1953

Amir

 

Ibu

Mother

1953

Raimy

 

Ibu Mertuaku

My Mother in Law

1962

Kassim bin Osman Selamat @ Osman Jailani

 

Jangan Tinggal Daku

Don't Leave Me

1971

Dato' Mahmud

 

Juwita

Juwita

1951

Ramlee

 

Kanchan Tirana

Kanchan Tirana

1968

Pendekar Silat

 

Keluarga 69

Family 69

1967

Osman Bakar

 

Labu Dan Labi

Labu And Labi

1962

Labi

 

Laksamana Do Re Mi

Warriors Do Re Mi

1972

Do

 

Love Parade

Love Parade

1963

Himself (invitation singer)

 

Madu Tiga

Three Wives

1964

Jamil

 

Masam Masam Manis

Sourness and Sweetness

1965

Teacher Shaari Suleiman

 

Melanchong Ke Tokyo

Travelling to Tokyo

1964

Himself (Invitation Singer)

 

Merana

Languish

1954

Amir

 

Miskin

The Poor

1952

Kamil

 

Musang Berjanggut

The Bearded Fox

1959

Tun Nila Utama, aka Raja Muda Pura Cendana

 

Nasib

Fate

1949

Baki

 

Nasib Do Re Mi

The Fate of Do Re Mi

1966

Do

 

Nasib Si Labu Labi

The Fate of Labu and Labi

1963

Labi

 

Nilam

Nilam

1952

Rashid

 

Noor Asmara

Noor Asmara

1949

Musician

 

Nujum Pak Belalang

Pak Belalang the Fortune Teller

1959

Pak Belalang

 

Pancha Delima

Pancha Delima

1957

Poet's Voice

 

Panggilan Pulau

Island's Calling

1954

Zulkifli

 

Patah Hati

Broken Hearted

1952

Kasim

 

Penarek Becha

The Trishaw Man

1956

Amran

 

Pendekar Bujang Lapok

The Three Over-age Bachelor Warriors

1959

Ramli bin Puteh (Ramli)

 

Penghidupan

Livelihood

1951

Salim

 

Perjodohan

Matchmaking

1954

Rashid

 

Putus Harapan

Losing Hope

1953

Yusof

 

Putus Sudah Kaseh Sayang

Love Is Gone

1971

Rostam

 

Rachun Dunia

Poison of the World

1950

Harun

 

Ragam P. Ramlee

The Antics of P. Ramlee

1964

Singer/ Ramlee & Damaq

 

Sabarudin Tukang Kasut

Sabaruddin the Cobbler

1966

Sabarudin

 

Sarjan Hassan

Sergeant Hassan

1958

Sgt. Hassan

 

Sedarah

Incest

1952

Harun

 

Sejoli

Lovebird

1951

Leftenan Jamil

 

Semerah Padi

Semerah Padi

1956

Aduka

 

Seniman Bujang Lapok

The Nitwit Movie Stars

1961

Ramli

 

Sesudah Suboh

After Dawn

1967

Ariffin Mahmud

 

Siapa Salah?

Who's Guilty?

1953

Jamil

 

Sitora Harimau Jadian

Sitora the Man-Tiger

1964

Dr. Affendi

 

Sumpah Orang Minyak

Curse of the Oil Man

1958

Si Bongkok

 

Takdir Illahi

God's Destiny

1950

Arshad

 

Tiga Abdul

The Three Abduls

1964

 

            Sumber : WikepediA


Tambahan daripada itu juga, amat tidak dinafikan bahawa filem Tan Sri P. Ramlee mengandungi unsur - unsur kebaikan dan pengajaran. Lazimnya, jalan ceritanya sangat menarik ada yang kelakar, serius dan juga bersifat ganas. Walaupun sedemikian, ia tetap memberi banyak pengajaran dalam kehidupan seharian sehingga ke hari ini.


Sebagai contoh, dalam cerita Anak Bapa, dimana Tan Sri P. Ramlee berlakon sebagai Che Harun. Skrip yang amat menarik dan menusuk kalbu iaitu ; " KAU JANGAN CUBA AJAR AKU JADI JAHAT TAU, SEUMUR HIDUPKU, AKU TIDAK PERNAH PAKAI DUIT OPIS, ITU AMANAH ORANG, YANG AKU JOLI HUTANG CETI DAN SEGALA - GALANYA, AKU HABISKAN HARTA AKU TAU, KALAU AKU AMBIL DUIT OPIS, BERERTI AKU TIPU HARTA BAPA AKU, BILA AKU TIPU, ORANG ITU AKAN TUDUH AKU PECAH AMANAH, SEKALI KALAU ORANG TIDAK PERCAYA DEKAT AKU, SAMPAI MATI PUN ORANG TIDAK AKAN PERCAYA".  Jika dihayati dan dipelajari pada skrip berkenaan "kejujuran serta kesetiaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan adalah amat penting agar orang lain sentiasa mempercayai diri kita'. Bersifat jujurlah dalam melakukan sesuatu perkara agar mendapat kesan yang mulia. Skrip berkenaan kesannya dapat dilihat hingga kehari ini. 



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan