Kental.
2.Bersinonim dengan akrab: karib, erat, rapat, mesra,
Sumber rujukan: prpm
KENTAL "DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN"
Teringat kembali di zaman remaja, ketika itu masing - masing baru sahaja menamatkan pengajian dari menara gading, maklumlah golongan terpelajar katakan, ada yang dari jurusan pengurusan, sains dan kejuruteraan.
Jom bermesyuarat. Kedengaran satu suara dari sahabat (Leman, bukan nama sebenar) yang mana mengajak rakan - rakan untuk bermesyuarat bagi menentukan hala tuju seterusnya. Ketika itu waktu tengahari, kami melekpakkan diri dengan duduk - duduk di tepi kedai dan masing - masing mengutarakan pendapat dan pandangan untuk disimpulkan dan diputuskan.
Tahun 2007, keputusan diambil untuk berhijrah ke bandaraya Kota Kinabalu dengan harapan dan tujuan mendapat pekerjaan yang baik. Ke hulu kehilir bersama Leman membawa segulung Ijazah dengan harapan ada insan yang sudi dan menawarkan pekerjaan kepada kami. Selang seminggu berlalu, harapan hampa, namun ke esokkan harinya Leman mengajak untuk mengikuti kursus skim lanjutan graduan (SLG) di salah satu kolej di Kota Kinabalu. Dengan elaun bulanan sebanyak Rm500, amat memadai untuk kami menampung sara hidup sepanjang enam bulan berkursus.
Bermula di tempat kursus, saya dan Leman, ketemu dengan rakan - rakan baharu yang berlainan ragam dan perangai, ada yang alim dan ada juga yang samseng.
Bro.. broo,,, ko ambil kursus apa? kedengaran satu suara memanggil - manggil seolah - olah ingin berkenalan.. oo saya ambil kos perladangan..jawabku perlahan.
Saya ambil kos safety and health, katanya..... hebat (hati kecilku berbisik)..
Sepanjang menghadiri kursus berkenaan, ramai kenalan akhirnya terjumpa dan akrab. Rasa syukur semua sahabat - sahabat datang dari golonga yang baik - baik.
Bulan pertama kursus, sahabat - sahabat mengajak untuk menyewa bilik yang berdekatan dengan tempat kursus, bagi memudahkan untuk berulang alik dengan selamat, serta menjimatkan kos perbelanjaan harian.
"Bah boleh juga", kataku dengan nada sederhana kepada sahabat - sahabat yang lain. Kami berlima menyewa sebuah bilik yang sangat selesa, namun bilik berkenaan terletak di bawah kolong. Oklah Pakcik Beddu, kami setujulah menyewa bilik ini, yang penting sewanya berpatutan dan selamat untuk di diami, luahan kata Aider.
Malam pertama dan kedua, hatiku pilu, adakah ini back to school, walhal kami sudah menamatkan pengajian dengan segulung Ijazah dan Diploma, tak kan kami revise semula,, ooo tidak, suara nada perlahan di hatiku. Fikiranku mungkin sama juga dengan sahabat - sahabat yang lain yang memerap didalam bilik, mereka pasti merasakan sedemikian, namun tetap kental maju kehadapan walau apa sekali rintangan melanda.
Enam sahabat, yang di ketuai oleh Aider (bukan nama sebenar) yang mana beliau mempunyai keutuhan dan dikira alim tentang bab agama, manakala kami yang lain berlima Fiq, Bib, Amid dan Zuki (bukan nama sebenar) hanya menjadi penyokong dan peturut kepada Aider dengan harapan ilmu di dada menjadi mantap.
Selang beberapa bulan, banyak yang kami tempuhi selama tinggal di bilik di bawah kolong, ada yang melibatkan kes kecurian, dituduh mengintai, pergaduhan dan macam - macam lagi. Namun bagi kami itu hanyalah ujian, dan kami harus tabah menghadapinya untuk berjaya dengan menamatkan kursus yang kami sertai.
Tanpa membuang masa, saya dan sahabat hamid (bukan nama sebenar) mencari ikhtiar untuk menambah pendapatan sampingan. Apalagi, kami pun mengambil langkah bijak dengan mencari kerja secara separuh masa (kerja sebelah malam dan hujung minggu). Alhamdulillah, berkat kesabaran, akhirnya kami diterima bekerja di salah sebuah restoran (fast food) yang terletak bandar Kota Kinabalu.Gaji yang kami perolehi, sedikit sebanyak bolehlah mampu menambah pendapatan bulanan kami.
Shift kerja kami sama setiap hari, ulang alik dengan menaiki motosikal nitro berkuasa kuda milik Amid, kami mampu melakukan kerja - kerja sebagai seorang pekerja restoran dengan rekod kedatangan yang baik.
Hari demi hari, tanpa disedari kami berlima berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Saya dan Amid, masih lagi bekerja di restoran berkenaan dan akhirnya kami ditawarkan kepada jawatan pengurus. Banyak yang kami pelajari, khususnya dari sudut pentadbiran dan pengurusan sesebuah restoran (fast food) yang bertaraf tinggi. Bermula di sanalah kerjaya kami maju kehadapan dengan mengenali dan mempelajari lebih banyak aspek perniagaan.
Selang beberapa bulan berkhidmat, saya ditawarkan ke cawangan yang lain, atas pencapaian saya serta kredibiliti dalam bekerja. Saya dipindahkan ke Labuan, bersama seorang sahabat yang mana beliau juga berasal dari kursus yang saya sertai. Yus (bukan nama sebenar) juga ditawarkan untuk membuka restoran baharu di labuan. Atas kepercayaan Pengurus atasan, kami disediakan tempat tinggal yang selesa.
Rezeki melimpah ruah, saya dan sahabat - sahabat yang lain masing - masing ditawarkan lagi pekerjaan yang lain, yang mana ia jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Dengan jiwa kami yang kental sabar menempuhi liku - liku halangan, alhamdulillah kami semua berada dalam kedudukan zon selesa dengan sumber rezeki yang halal.
Yakinlah, seseungguhnya jika kita sentiasa sabar, berusaha, doa pasti akan bertemu kejayaan. Kejayaan atau rezeki tidak akan datang sendiri jika tidak dicari dan digali. Bak kata pepatah;
"Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'.
"Dimana ada kemahuan disitu ada jalan"
0 Comments