Isu Covid 19 yang mana semakin hari semakin meningkat, amat membimbangkan semua orang ramai. Selaras dengan itu, Pihak berkuasa telah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) khususnya di Negeri Sabah dan Kedah, agar wabak berkenaan dapat dikawal penularannya dengan segera. BH Online
Sehubungan daripada itu, Kerajaan Negeri Sabah khususnya MUFTI hari ini 06 Oktober 2020, dalam keratannya telah memaklumkan bahawasanya seperti berikut;
KENYATAAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SABAH MENGENAI AKTIVITI DI MASJID DAN SURAU KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT(PKPB)
Kawalan Pergerakan Di Seluruh Negeri Sabah
1. Semua Masjid dan Surau yang berada dalam zon merah adalah ditutup dan mengikut ketetapan yang tersebut di atas sehingga 16 Oktober 2020/28 Safar 1442H.
2. Semua Masjid dan Surau yang berada dalam zon kuning dan hijau dibenarkan melaksanakan solat Jumaat dan solat berjemaah lima waktu mengikut ketetapan berikut:
a. Bilangan ahli jemaah solat Jumaat yang dibenarkan adalah 40 orang
dan jemaah solat lima waktu adalah 12 orang.
b. Bilangan ini termasuk Ajk masjid, Imam dan Khatib.
3. Aktiviti dan program di masjid dan surau ditangguhkan sepanjang tempoh masjid dan surau ditutup.
0 Comments