Sorinsim merupakan salah satu tempat menarik dan harus dikunjungi, ia adalah homestay percutian yang sangat strategik dan memuaskan kerana lokasinya yang terletak jauh dari kesibukan kota menjanjikan ketenangan dan kedamaian bersama keluarga atau rakan - rakan. Sorinsim terletak di Daerah Kota Marudu dan perjalanannya mengambil masa selama lebih kurang tiga jam dari Terminal Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan menaiki khidmat bus pelancong atau kenderaan e-hiling.
Sepanjang perjalanan ke sorinsim, ia akan melalui pemandangan indah dan melimpasi beberapa Daerah antaranya Daerah Tuaran, Tinggelan dan Kota Belud. Pengunjung dapat melihat kawasan - kawasan panorama kampung yang dihujani dengan tumbuh - tumbuhan menghijau dan mampu memukau mata memandang. Dikawasan Daerah Kota Belud, pengunjung dapat melihat terbentangnya luas sawah pagi yang indah menguning.
Bercuti di Sorinsim sangat selesa kerana, kawasan berkenaan menyediakan penginapan iaitu homestay yang selesa. Terdapat beberapa buah homestay, asrama dan juga khema disediakan bagi memenuhi selesa pengunjung. Kasawannya yang luas dan lapang, sememangnya amat mudah untuk melakukan senaman ringan di waktu pagi dan petang.
Homestay di Sorinsim |
Diwaktu pagi dan petang, para pengunjung boleh meninkmati aktiviti mandi mandi di sungainya yang sangat jenih dan menyegarkan. Ia terletak berhampiran dengan Homestay. Pengunjung hanya boleh berjalan kaki sejauh dua ke tiga minit sahaja terus terjun atau berendam di sungai berkenaan. Sungai air tawar atau sungai bukit sememangnya menjanjikan kedinginan yang hangat.
Sungai Sorinsim |
Selain daripada itu, para pengunjung yang gemar melakukan jungle traking, mereka boleh melakukannya juga di Sorinsim. Pastikan para pengunjung membawa kelengkapan yang cukup, selesa dan selamat kerana aktiviti seumpama ini memang mencabar dengan meredah hutan belantara. Walaupun demikian, ia sangat menyeronokkan dan memberi kepuasan pada diri. Biasanya semasa melakukan aktiviti ini, banyak pengalaman yang akan diperolehi antaranya, dapat menikmati haiwan - haiwan di dalam hutan seperti linta, serangga, gonggok dan macam - macam lagi yang tidak pernah di lihat di kawasan kota.
Di waktu petang dan malam, para pengunjung boleh melakukan aktiviti bbq atau bakar - bakar bersama sanak saudara atau rakan - rakan. Sambil makan bersama dengan juadah yang segar, menghangatkan lagi nikmat percutian. Dalam masa juga aktiviti sosial dikalangan pengunjung dapat di akrapkan lagi dengan utuhnya ikatan silaturrahim.
Percutian di Sorinsim, sememangnya menjanjikan ketenangan fikiran dan juga dapat merehatkan anggota badan setelah penat lelah bekerja. Kawasan percutian ini, bukan sahaja bersih, selesa bahkan sangat selamat untuk di kunjungi dan didiami. Petugas - petugasnya sangat peramah kepada pengunjung dan setiasa memastikan keadaan kawasan dan pengunjung dalam keadaan yang selesa dan selamat.
4 Comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBosku bleh mnta no telfon utk homestay ni?
ReplyDelete0165468909
Deleteboleh bagi no hp ka bosku
ReplyDelete