Anjung Selera merupakan tempat makan yang mana menyediakan pelbagai jenis sajian ala kampung dan juga seafood. Makanannya yang segar, sedap dan harganya berpatutan.
Lokasi Anjung Selera terletak di kawasan Likas yang mana tidak jauh dari Bandaraya Kota Kinabalu. Pemandangannya yang indah, dimana terletak dipinggir laut, menjanjikan panorama indah serta udara yang nyaman. Pebagai jenis menu atau juadah yang di sediakan dan pastinya menyelerakan, antaranya ikan bakar, ikan tiga rasa, udang butter dan banyak lagi. Bukan sahaja menyelerakan, bahkan harganya juga yang berpatutan.
Kawasannya yang bersih dan strategik, pastinya memberi kepuasan kepada para pengunjung untuk ke sana. Anjung berkenaan hanya akan beroperasi waktu petang sahaja. Kawasannya yang selamat dan selesa, mendorong untuk pengunjung berpusu - pusu mengunjunginya.
Di Anjung Selera, pengunjung juga boleh menikmati makanan sambil didendangkan oleh busker tempatan dengan alunan lagu - lagu yang syahdu. Kawasannya yang tenang pastinya menghangatkan lagi selera anda untuk menjamu makanan dan minuman bersama sanak saudara atau rakan - rakan.
Selain daripada itu, persekitan Anjung Selera juga, adalah tempat untuk orang awam berjoging atau bersenam. Terdapat juga mereka yang berbasikal. Kemudahan asas juga ada disediakan di Anjung berkenaan, seperti tandas awam dan tempat letak kenderaan.
Terdapat juga gerai - gerai yang berhampiran yang diusahakan oleh masyarakat tempatan dengan menjual buah - buahan, jeruk - jeruk, kerepek, jagung rebus dan lain - lain lagi termasuk pelbagai minuman.
Lantaran daripada itu, menikmati makan dan minum di Anjung Selera, pastinya mempu menyenangkan fikiran serta dapat merapatkan silaturahim bersama sanak saudara atau sahabat - sahabat yang lain.
0 Comments