PANORAMA BANDARAYA KOTA KINABALU

PANORAMA BANDARAYA KOTA KINABALU

Kota Kinabalu merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000 dan memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China SelatanGunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia. Sumber : WikepediA

Kota Kinabalu merupakan Bandaraya yang bersih dan pemandanganya yang indah. Masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum, antaranya Bajau, Dusun, Kadazan, Murut, Suluk, Brunei dan lain - lain lagi, yang mana mereka ini hidup serumpun dengan harmoni di bawa satu bumbung. Tidak sama sekali berlaku perbalahan kaum malahan amalan nilai - nilai murni seperti hormat - menghormati, tolong - menolong dan berkerjasama dalam pelbagai aspek. Masyarakatnya banyak tertumpuh mengusahakan kerja - kerja pertanian, perniagaan, nelayan dan juga pentadbiran. 

Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu Dari Bukit Bendera


Bandaraya kota kinabalu mempunyai bentuk muka bumi yang indah, dimana terdapat pulau - pulau yang indah seperti pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik. Pulau - pulau ini di bawanh jagaan Pusat Pelancongan Taman - Taman Sabah. Pelau ini hambir setiap tahun menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau berkenaan antaranya snorkeling, bermandi - manda dan juga bbq bersama keluarga. Perjalanan kepulau tiga pulau berkenaan hanyalah mengambil masa 15 ke 20 minit sahaja dengan menaiki bot laju dari Jeti Jesselton. 

Selain daripada itu, Kota Kinabalu juga memiliki Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, dan ia diberi nama Gunung Kinabalu. Gunung ini terletak di Pekan Kundasang, yang mana mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Terminal Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan menaiki Bus Persialan atau chater khidmat kenderaan e- hiling. 

Dikala hujung minggu, banyak tamu - tamu beroperasi, antaranya Tamu Gaya Street, Tamu Tamu Sinsuran, Tamu Putatan, Tamu Kinarut dan Tamu Tuaran. Peniaga - peniaga kebanyakannya dari dari kawasan pnggir banyar, yang mana mereka menjual hasil tanaman mereka sendiri. Kebiasaannya barangan dagangan di jual pada harga yang murah dan berpatutan. Sambil menikmati barangan yang murah, pengunjung dapat bersiar - siar sambil melihat gelagat masyarakat orang Sabah yang unik, dari segi dialog percakapan dan juga pemakaian pakaian tradisional.

Pulau Manukan


Dalam pada itu juga, pengunjung yang berkunjung ke Bandaraya Kota kinabalu boleh bersiar - siar dengan melihat pemandangan dari paras tinggi di Bukit Bendera untuk melihat sendiri pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu. Bukit berkenaan terletak di pinggir Bandaraya Kota Kinabalu, yang mana jalannya adalah sehala dengan jalan menuju ke Istana. Dari puncak bukit berkenaan, pengunjung boleh melihat bangunan - bangunan yang tinggi dan pemandangan indah laut china selatan. 

Tak kala bersiar - siar dengan membeli belah, Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai banyak Hypermarket dan Supermarket yang menjanjikan barang - barang kepuasan hati, antara Hypermarket dan Supermarket yang boleh di kunjungi adalah Centre Point, Imago, Suria Sabah, Wisma Merdeka, KK Plaza, Wawasan Plaza, Kompleks Karamunsing, City Mall, One Borneo Mall dan banyak lagi. Barang - barang yang diniagakan amatlah menggamit dan memukau perhatian untuk membelinya. Selain daripada itu, aktiviti, seperti pawagam, boling, karaoke juga boleh di nikmati di beberapa supermarket berkenaan. Hypermarket dan Supermarket berkenaan juga menyediakan kemudahan asas, seperti tandas dan surau untuk para muslim menunaikan solat. 

Supermarket Centre Point Sabah


Lantaran daripada itu juga, setiap kawasan di Bandaraya Kota Kinabalu mempuny i nama tempat masing - masing antaranya, Api - Api, Asia City, Kampung Air, Sinsuran, Segama, Gaya Street, Sadong Jaya dan Bandaran Berjaya. Setiap kawasan ini, jaraknya tidaklah jauh, boleh di jangkau hanya dengan berjalan kaki, sambil berehat seketika. 

Panorama Bandaraya Kota Kinabalu, sememangnya sangat menarik, dan rasa tidak puas, dan mahu datang lagi untuk berkunjung sambil berjalan - jalan dengan menikmati keindahan sekitarnya 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian