PKPB akan dilaksana di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam 13 Okt hingga 26 Okt - Ismail Sabri
PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak
dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas
daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk
membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan
kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan
pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah
DITUTUP.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis
perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan
perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih
dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
Sehubungan daripada itu juga, menurut sumber BH Online mengatakan bahawa; Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPB dilaksanakan di seluruh Sabah selepas mendengar pembentangan dan pengesahan Kementerian Kesihatan (KKM), wakil kerajaan Sabah dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) berhubung peningkatan kes positif di negeri itu.
Selanjutnya 👉 BH Online
0 Comments