Kereta Perodua Kancil adalah kenderaan yang dikeluarkan atau dihasilkan oleh Syarikat Perodua dengan kapasiti enjin 850cc dan 660cc. Saiz kereta ini sangat kecil, namun mampu memuat lima (5) orang penumpang termasuk pemandu. Model kereta produa kancil terbahagi kepada dua jenis iaitu, satu lampu segiempat dan satu lagi lampu berbentuk bulan. Keunikan kenderaan ini, dimana ia sangat mudah dikendalikan kerana saiznya yang kecil, sangat mudah untuk posisi parking dan dipandu. Kenderaan ini juga, boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan dan pilihan boleh di pilih samaada kondisi gear manual atau auto.
Pandangan Sudut dalam Kereta Perodua Kancil model 660cc (Gear Manual) |
Sehubungan dengan itu, sememangnya kenderaan mesti ada rosaknya samada tidak enginnya tidak boleh dihidupkan dan lainnya. Penulis pernah memiliki kenderaan Perodua Kancil 660cc selama tujuh (7) tahun dan pernah berhadapan dengan pelbagai kerosakan. Walaupun sedemikian, ia boleh saja di atasi jika dapat dikenalpasti puncanya dengan baik. Mari kita pelajari sedikit sebanyak punca enjin Kereta Perodua Kancil apabila ianya tidak hidup;
- BATERI
- STARTER
- FIUS
- KARBURETOR
Karburetor adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api petrol dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran dalaman. Ia pernah digunakan secara meluas pada kereta sehingga dekad 1990-an apabila ia digantikan dengan sistem suntikan bahan api yang lebih cekap. Kini, hampir kesemua kereta model terkini serta kebanyakan model motosikal besar menggunakan suntikan bahan api manakala karburetor kini hanya digunakan pada enjin-enjin kecil seperti pemotong rumput serta pada motosikal kecil.
Perkatan "karburetor" berasal daripada perkataan Perancis iaitu carbure yang bermaksud 'karbida' ataupun 'menggabungkan dengan karbon'. wikepedia
Bagi kenderaan Perodua Kancil, saiz karburetornya adalah kecil dan memerlukan keseimbangan angin agar dapat dihidupkan dengan mudah dan enjin kenderaan tidak bergegar. Lazimnya kenderaan Perodu Kancil akan sukar dihidupkan apabila aliran hos untuk angin tidak seimbang. Kebocoran udara menyebabkan kenderaan berkenaan tidak stabil. Oleh yang demikian, anda haruslah menyemak dan memastikan aliran hos (berwarna hitam) yang menyambungkan atau menghubungkan setiap enjin berada dalam keadaan baik. Sila ganti hos berkenaan jika ia sudah koyak dan longgar serta tidak boleh digunakan lagi.
Pandangan hadapan, ruangan enjin Kereta Perodua Kancil model 660cc (Gear Manual) |
Ikuti artikal terkait yang bermanfaat, berikut;
👉 Cara Penjagaan Enjin Kereta Dengan Baik
👉 Punca Corak Tayar Kenderaan Terhakis
Lantaran daripada itu, sekiranya anda tidak mahir dalam mengendalikan atau memerika perkara - perkara asas enjin kenderaan khususnya Kereta Perodua Kancil, sepertimana yang dikongsikan di atas. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan kepada anda agar membawa kenderaan anda ke bengkel atau memanggil untuk mendapatkan khidmat kepakaran mekanik bergerak.
29 Comments
Petang boss, kancil sy auto, sblm ni tombol gear dlm kedudukn P boleh start, skrg dh tk boleh start apa masalah tu ar??
ReplyDeleteselamat malam tuan, kalau auto ni, pakai minyak, satu minyak enjin satu lagi minyak gear. Selalunya kalau kereta ni, cek bahagian starter, bateri, tempat start kunci, kalau salah satunya tidak berfungsi, itulah masalahnya. Tapi sebelum tu periksa dahulu fius box, manatau ada yg terbakar
DeleteCuba check bahagian Dalam tempat tukar gear wiring Ada berubah atau Ada X ketat sebelum nie Ada X hantar mana2 pomen ?
DeleteMasalah Saya kancil tak boleh hidup. Start bunyi pun tak de. Bateri ok.
ReplyDeleteSelamat sejahtera, jika bateri tuan bateri baharu, berkemungkinan starter bermasalah, perlu di ganti. Saya syorkan tuan merujuk pada mekanik terdekat. Dalam pada itu, mungkin juga kepala bateri tidak mencengkam ketat.
DeleteSelamat tengah hari tuan, masalah kancil tak nak hidup, lampu semua bernyala, bila start ada bunyi, seolah2 bunyi betry low bett. Btry baru beli bulan lepas.
ReplyDeleteSelamat malam tuan, berkemungkinan masalah alternater starter,
DeleteSaya punye kancil dah tersadai 3 bulan tak guna sebab road tax mati. Bila nk start boleh tapi enjin tak nak hidup. Dah tukar bateri baru dan plug pun baru tapi still tak boleh hidup. Hanya boleh start aje. Apa masalah kereta saya boss ?
ReplyDeleteSelamat malam tuan. Mungkin masalah karburatornya yang mana aliran angin tidak setara
Deletesaya nak tanya kereta saya tiba tiba mati masa tengah jalan lepastu try start enjin kereta bunyi tapi api macam tak sampai.. boleh tau masalah apa ya?
ReplyDeleteBiasanya kalau bateri masih ok, dab api x sampai, punyanya kebarangkalian spark / ignition coil /
Deletesalam tuan..kereta kancil api ada minyak naik tapi taknak hidup ape masalah dia..buat compres pon still ada tapi taknak hidup jugak..carberator dah tukar pon still sama
ReplyDeleteWalaikumsalam, kebarangkalian starter.
Deletesalam bang. maaf ganggu. nak tanya. kereta kancil 660 saya semalam bawa jalan2. nga jalan tu tiba2 power macam jatuh. lampu malap. power kete tiba2 drop. bateri alternator power time nga jalan drop jadi 8 7 6 camtu dari 13 12 11. bila berhenti dia naik balik jadi 11.9 je. tak lebih. kadang2 je naik 12 13. jalan balik drop balik. bateri pulak cek power dia jadi 12 camtu masa try jumper. kira masih ada power bateri tu. tapi try jumper takleh hidup macam sblom ni. starter ade bunyi lagi ketak2 macam tu. tu betul ke masalah alternator bang? nak kata fius alternator kancil poblem saya tak tau mana satu fuse alternator kancil ni.
ReplyDeleteHai bro, berdasarkan pada kenyataan kamu tu, mcm bateri tu xbagus sudah, buang caj sudah, cuba try bateri baru. Kalau sudah tukar dan tidak boleh start, itu mungkin disebabkan alternator. Kalau boleh start, dan time kereta hidup, cuba tanggalkan kepala positif bateri, jika enjin masih hidup bermakna alternator tu masih bagus, dan sebaliknya.
Deletesalam bang, kancil saya enjin tak hidop walaupon baru tukau bateri. Bila nak start, belting berpusing tapi enjin tak pick up untuk start. adakah karburator yg problem?
ReplyDeleteWalaikumslam, betul tu, masalah karburatornya tu
Deletesalam bang. sy ada kancil 660 manual. engine tiba2 mati. start tak nak hidup. tapi bila off switch dan cuba start sekali sahaja terus hidup. mohon bantuan.
ReplyDeleteBiasanya kalau begitu, cuba cek starter atau kaburatornya. jika masih ok, mungkin wiring tidak cun
DeleteSalam bang,saya ada keta kancil660.,kalau enjin panas saya matikan,pastu nak hidupkan tak bole start pula,..bunyi kosong jer.bila sejuk enjin,hidup pula,,apa masalah yer..adakah masalah starter..
ReplyDeleteKemungkinan besar starter mau rosak sudah tu
DeleteAssalmualaikum bang....kereta kancil saya tak boleh start. Kuasa ada boleh crank.Dia tak boleh start jika bila kita turn ON kunci indicator bateri tak menyala. Jika indicator menyala kereta boleh start (indicator padam lepas start mcm biasa). Tolong bagi pandangan sikit
ReplyDeletecuba cek sambungan kepala bateri. kadang2 karen tu tidak sampai ke bateri
DeleteKerta kancil 660 bila bawak mcm tersekat2 kenapa ia
ReplyDeleteKebiasaanya kes begitu disebabkan oleh karburator. Atau cuba cek pum minyak bahagian dekat ekzoz, mungkin tersumbat dan perlu tukar tu
ReplyDeleteSy ada kancil 660 manual. Sy cek ballast
ReplyDelete(Batu putih) dekat coil tiada api. Kenapa ye tuan?
Berkemungkinan spark atau coil bersamalah, cuba ganti sparknya, tapi test dahulu satu-satu mesti ada salah satu lebih spark yg rosak. Jika semua berfungsi, mungkin masalah coil tidak berfungsi sudah. Jika tuan tiada kepakaran, ada baiknya boleh bawa ke kedai mekanik yang berhampiran
DeleteMasalah kancil sy susah start pagi mau tekan pedal minyak baru start lama2 sikit baru hidup..apa masalah tu
ReplyDeleteSelalunya kalau kes begini timing karburator tu tidak seimbang. Ada baiknya tuan bawa ke bengkel berdekatan
Delete