SYOKNYA BERCUTI DI PULAU LABUAN

SYOKNYA BERCUTI DI PULAU LABUAN

Panorama Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 91.64 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan sekitar 30 km dari pantai Brunei. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan". Pusat bandar bagi Wilayah Persekutuan Labuan adalah Bandar Victoria.

Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba. wikipedia


Berjalan - jalan atau bercuti di Wilayah Persekutuan Labuan, sememangnya sangat menyeronokkan. Perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah anda boleh menaiki kenderaan atau khidmat bus express menuju ke pekan Menumbok dan seterusnya menaiki Feri. Di samping itu, anda boleh juga terus menaiki Feri Express dari Jeti Jeselton atau menaiki Kapal Terbang. Bandar bebas cukai itu, sememangnya sering kali di kunjungi oleh orang ramai, kerana sesetengah barangnya yang murah, khususnya produk makanan coklat. 


Pandangan Kawasan Dataran Wilayah Persekutuan Labuan


Selain daripada itu, banyak tempat - tempat menarik yang boleh dilawati di Wilayah Persekutuan Labuan. Bandarnya yang kecil, namun mempunyai keluasan yang luas, dan memberi kepuasan kepada anda untuk berjalan - jalan. Anda tidak perlu risau tentang tempat tinggal, kerana di Pulau Labuan terdapat banyak hotel - hotel, homestay, dan juga penginapan yang pastinya amat berbaloi harganya. 


Sepanjang berada di Wilayah persekutuan Labuan, anda boleh membelih belah di Supermarketnya iaitu Ujana Kewangan, di sana banyak barang - barang seperti pakaian, cenderama di dagangkan. Dalam pada itu, anda boleh mengunjungi Muzium Laut, yang mana ia terletak di pinggir laut, di dalam Muzium berkenaan, banyak menyimpan barang - barang atau khazana laut dan pelbagai jenis ikan di pamerkan.  Anda juga boleh melawat War Memorial Cemetery, yang mana anda boleh mempelajari sejarah pahlawan british pada waktu ketika dahulu. 



Muzium Laut


Pada waktu petang, anda boleh mengaktifkan anggota badan anda, dengan melakukan senaman jogong di Taman Botanikal, taman ini mempunyai keluasan yang luas, dan sekelilingnya di tumbuhi dengan pohon - pohon menghijau, dan pastinya memberi suasana nyaman semasa anda bersukan. Kawasannya yang luas dan selamat, pastinya anda bersama rakan - rakan atau sahabat handai teruja. Menikmati makan malam pula, anda tidak perlu risau, kerana di Wilayah Persekutuan Labuan, terdapat banyak tempat makan yang menyelerakan, anda boleh menjamu sandapan di Medan Selera atau di restoran Anjung Siswa yang terletak di tengah - tengah bandar berkenaan. 


Lantaran daripada itu juga, di Wilayah Persekutuan Labuan, anda boleh melawat Bangunan Chimney atau Menara Api. Difahamkan, tujuan Menara Api ini di bina adalah sebagai petunjuk kepada kapal - kapal laut, untuk menghampiri dan berlabuh di Pulau berkenaan. Jika anda ingin melihat dengan lebih dekat lagi tentang jenis - jenis burung, anda boleh berjalan - jalan ke Taman Burung di Wilayah berkenaan. Terdapat pelbagai spesis burung, seperti merpati, burung kakak tua, burung unta, serindit dan macam - macam lagi. Anda boleh menangkap gambar bersama burung - burung berkenaan, sebagai tanda kenangan. 




Taman Burung


Disamping itu juga, jika anda ingin bersiar - siar mengelilingi Pulau berkenaan, anda akan dapat melihat kawasannya yang bersih, dan tenang, bandarnya yang kecil dan tidak penuh dengan kesibukan. Di bahagian daratan pula, anda dapat melihat suasana kampung - kampung yang tersusun indah. Pulau berkenaan juga memiliki pantai untuk bersiar - siar seperti pantai manikar dan pohon batu. 



Post a Comment

1 Comments

Featured Post

Langkah Keselamatan Apabila Melancong