TEKNIK SENAMAN TENAGA DALAMAN (BATIN)

TEKNIK SENAMAN TENAGA DALAMAN (BATIN)

Aktiviti senaman boleh dilakukan samaada di dalam rumah ataupun diluar rumah, seperti di taman rekreasi atau kompleks sukan. Senaman bukan sahaja memberi kesihatan kepada anggota badan, malahan menjadikan diri anda lebih aktif dan peka terhadap keseimbangan badan dan pemakanan.  Anda tentu sedar bekerja dengan mengerakkan anggota fizikal adalah lebih baik berbanding bekerja hanya duduk atau erti kata kerja dengan fikiran. Oleh yang demikian, ia haruslah diseimbangkan dengan melakukan senaman seperti zumba, joging, bermain bathminton, dan sebagainya. 

Dalam hidup seharian, anda haruslah bijak dalam mengatur masa dan kerja. Anda mungkin tahu kepentingan aktiviti fizikal yang kerap, tetapi adakah anda tahu jenis senaman yang sesuai untuk anda, kekerapan yang anda patut bersenam, dan betapa keras anda patut bersenam? Bersenam pada keamatan yang betul membolehkan anda mendapat manfaat yang paling banyak daripada senaman anda. Senaman yang betul membantu anda untuk mendapat kepuasan yang maksimum. 

Sebenarnya, senaman adalah penting untuk kesihtan fisikal dan menggalakkan kesihatan secara keseluruhannya untuk semua orang, tidak kira umur. Selain daripada membantu anda mengawal berat badan anda, menjadi aktif secara fisikal juga boleh membantu mengawal dan menurunkan risiko anda mendapat tekanan darah tinggi, kolestrol diabetes dan penyakit jantung. 


--------------------------------------------------




Dalam pada itu juga, bagi meningkatkan tenaga dalaman, senaman batin harus juga diperhebatkan agar anggota atau tenaga dalaman lebih mantap. Aktiviti ini perlu diselarikan dengan pernafasan yang hebat. Senaman batin boleh dilakukan di rumah dengan mudah. Teknik atau cara yang baik sudah pasti memberi kesan yang mantap pada anggota badan.


Lazimnya terdapat banyak cara senaman batin yang boleh dilakukan, namun ia bergantung kepada cara serta ketekunan anda untuk melakaukannya dan terus mengamalkannya. Senaman batin, membantu meningkatkan pernafasan yang baik serta ketahanan dan kekuatan fizikal. 




Sehubungan daripada itu, di sini dikongsikan tip senaman di rumah untuk kesihatan dan kemantapan tenaga batin; 


  • LANGKA GERAKAN PERTAMA

  • LANGKAH GERAKAN KE DUA




  • LANGKAH KERAKAN KE TIGA


  • LANGKAH GERAKAN KE EMPAT


  • LANGKAH GERAKAN KE LIMA


  • LANGKAH GERAKAN KE ENAM


  • LANGKAH GERAKAN KE TUJUH


  • LANGKAH GERAKAN KE LAPAN


  • LANGKAH GERAKAN KE SEMBILAN


  • LANGKAH GERAKAN KE SEPULUH


  • LANGKAH GERAKAN KE SEBELAS


  • LANGKAH GERAKAN KE DUA BELAS

sumber : lelakisihat




Selain daripada itu juga, untuk meningkatkan serta menambah pengetahuan dan pengalaman, anda boleh melihat atau melayari video yang dikongsikan ini agar ianya membawa manfaat kebaikan bersama. 



sumber : rizal halim









Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan