TIP KETENANGAN JIWA

TIP KETENANGAN JIWA

Manusia tidak pernah lari daripada masalah, samaada masalah itu adalah kecil mahupun besar. Kita harus sedia maklum pada zaman dahulu kala, setiap manusia sememangnya di uji dengan pelbagai jenis masalah yang dihadapinya, dan ada yang mengatakan manusia mana yang tidak pernah menghadi masalah. Masalah jika tidak diatasi dengan baik akan bertambah lebih rumit. 

Ketidak cekapan dan bijaksana dalam mengharungi serta mengatasi masalah yang dihadapi adakalanya boleh mengundang padah, sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hal ini, jika seseorang berhadapan dengan tekanan yang tinggi, adakalanya membawa kepada porak peranda dalam rumah tangga, sehinggakan ada suami memukul isteri, anak dan macam - macam lagi.

Sedar dan tahu, penulis ingin mengajak para membaca agar sama - sama berkongsi beberapa tip yang boleh digunapakai untuk mengatasi emosi atau perasaan apabila berhadapan dengan situasi masaalah, antaranya;

  • MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T dan jika di baca sememangnya memberi ketetangan kepada rohani dan jasmani. Fikiran secara tidak langsung akan tenang dan amat mudah untuk seseorang yang menghadapi masaalah dengan menyelesaikannya dengan baik. Membaca Al-Quran boleh dilakukan setiap hari, setiap masa dan dimana sahaja berada. 
  • SOLAT
Solat sememangnya adalah tiang agama, dan wajib dilakukan. Mengerjakan solat dengan khusyuk dapat menyenangkan fikiran serta mengubati perasaan tekanan yang dihadapi, takkala menghadapi sebarang masaalah. Lazimnya solat boleh di kerjakan di Masjid, Surau atau pun rumah. Adalah amat afdal jika ia dikerjakan secara berjamaah. Dalam pada itu juga, dalam solat, seseorang boleh berdoa dengan memohon kepada Ilahi agar dipermudahkan segala urusan dengan jayanya.
  • BERSIAR - SIAR
Aktiviti readah seperti di kawasan pantai atau taman rekreasi bersama keluarga, sanak saudara atau sahabat handai, sememangnya dapat mengelakkan daripada perasaan tekanan dan pada masa yang sama mampu mengatasi dengan mengurangkan bebanan masalah yang dihadapi. Ini kerana secara tidak langsung hubungan intim bersama keluarga dengan rasa gembira, mampu mempengaruhi minta seseorang akan lebih tenang dan boleh menyumbang kepada langkah positif untuk menyelesaikan msaalah yang dihadapi. Persekitaran pantai dan taman juga menjadi magnet dan mempengaruhi pemikiran seseorang untuk lebih tenang. 
  • KHIDMAT KAUNSELOR
Mendapatkan khidmat kaunselor adalah jalan yang terbaik untuk mengurangkan bebanan masaalah yang dihadapi. Secara umumnya bebanan fikiran akan berkurangan sekiranya perkara yang dihadapi diluahkan atau dikongsikan kepada pihak kedua, yang mana orang kedua itu dipercayai dan dapat membantu. Perkongsian atau perbincangan dengan kaunselor mampu menyumbang kepada jalan atau alternatif yang baik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. 
  • BERFIKIRAN POSITIF
Manusia diciptakan Allah S.W.T. dengan sifatnya yang sempuna. Salah satu ciptaan yang tidak ternilai harganya adalah akal fikiran. Lazimnya seseorang yang tidak menggunakan akal fikirannya dengan baik, akan terdorong kepada perkara - perkara yang tidak baik dan begitulah juga sebaliknya. Penggunaan akal fikiran ke arah positif iaitu dengan melakukan, berfikir serta bersangka ke arah kebaikkan, pastinya akan mampu menghadapi sebarang masalah dengan jiwa yang tenang. Masalah dapat di selesaikan atau diatasi dengan mudah dan lebih berkesan. Perkara ini amat baik, dimana, ia mampu mengurangkan risiko tekanan fikirann dan jiwa. 
Penggunaan akal fikiran ke arah kebaikan, pastinya akan terhindar daripada melakukan perkara - perkara negatif yang boleh merosakkan otak dan membawa kepada kegiatan atau perkara sosial. 

👇




Santai Menikmati Panorama Indah 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan