Setiap orang pasti mengimpikan pekerjaan yang baik dan berkualiti, apabila sudah selesai menamatkan pengajian samaada diperingkat tertinggi atau sebaliknya. Pekerjaan yang diidamkan samada di Sektor Kerajaan atau Swasta, pastinya haruslah setimpal dengan kualiti tingkat persekolahan yang di pelajari. Tahu kah anda, seseorang adakalanya akan gagal untuk menjawat jawatan yang diiklankan hanya kerana semasa sesi tumudaga, dimana panel penemuduga tidak yakin terhadap calon berkenaan, walaupun memiliki kelayan yang mencukupi.
Lantaran daripada itu, dan berdasarkan apa yang dialami oleh penulis dengan menghadiri beberapa temuduga kerja, penulis ingin berkongsi sedikit tips yang boleh digunapakai apabila berhadapan dengan sesi temuduga pekerjaan, antaranya;
Resume adalah amat penting, kerana ia akan menerangkan tentang diri anda dengan lebih ringkas, padat dan terperinci, yang mana akan dinilai oleh penemuduga. Penyediaan resume seharusnya paling banyak hanya dua helai sahaja, dengan mengandungi perkara - perkara yang penting dan jelas tentang diri anda, khususnya biodata diri, tingkat persekolahan, pengalaman kerja terdahulu dan dua orang rujukan. Resume haruslah mempunyai gambar ukuran pasport. Resume juga haruslah ditulis atau disediakan dengan huruf yang jelas dan boleh dibaca. Perkara ini amat penting, kerana kita tidak pasti samaada penemuduga rabun atau sebaliknya.
Semasa menghadapi sesi temuduga, sesuaikan pakaian anda dengan memakai pakaian yang kemas, bersih dan menarik perhatian penemuduga. Pemakaian amat penting kerana ia mencerminkan diri dan imej anda terhadap kerja yang ditawarkan. Sebagai contoh, sekiranya jawatan yang diiklankan adalah pegawai, oleh yang demikian semasa temuduga anda haruslah memakai baju kemeja dengan seluar berwarna hitam, memakai tali leher dan kot. Ini amat baik kerana mencerminkan sebagai seorag korporat.
Sebagai contoh yang lain untuk aspek pemakaian, sekiranya anda menghadiri temuduga sebagai seorang guru, anda seharusnya menunjukkan diri anda itu sebagai seorang guru dengan memakai pakaian kemas serta tag nama di dada.
- MELENGKAPKAN SIJIL - SIJIL
Sebelum pergi atau menghadapi sesi temuduga, adalah amat penting untuk anda menyusun dengan kemas serta teratur akan sijil - sijil akademik anda ke dalam sijil fail (folder). Letakkan indentiti kad pengenalan di bahagian hadapan folder, dan di ikuti oleh sijil - sijil akademik yang setara dengan jawatan yang dipohon. Kebiasaannya penemuduga akan melihat sijil tertinggi atau sijil yang layak dengan jawatan yang di iklankan. Ini kerana, apabila penemuduga menemui sijil yang layak, secara tidak langsung penemuduga akan mengajukan soalan - soalan atau melakukan sembang dengan anda, dengan tujuan untuk melihat kemampuan, kreadibility serta integriti anda. Panel penemuduga, selalunya tidak akan melihat sepenuhnya sijil - sijil anda, oleh itu bawa sahaja sijil yang berkaitan dan yang lainnya yang boleh menyokong untuk jawatan yang anda pohon.
Latihan sebelum sesi temuduga bermula adalah amat penting, bagi memantapkan kesiapsiagaan diri anda agar tidak gugup dan gementar semasa berada dalam situasi temuduga sebenar. Latihan minda haruslah diperbanyakkan dengan mengambil tahu isu - isu khususnya yang berkaitan dengan jawatan yang di iklankan dan syarikat atau organisasinya. Selain daripada itu juga, isu - isu semasa juga amat penting seperti aspek ekonomi, berita, sukan, hiburan dan lain - lain lagi. Jika anda sudah mendapat maklumat - maklumat dengan tepat, cuba buat latih tubih dengan bercakap di hadapan cermin atau meminta bantuan rakan sebagai panel untuk menyoal diri anda. Perkara ini amat baik dan membantu tahap keyakinan anda untuk menjawab dengan lebih yakin tanpa ragu. Anda akan dapat menjawab soalan - soalan yang diajukan oleh penemuduga semasa sesi temuduga sebenar dengan lancar tanpa gementar.
Semasa temuduga, dan sebelum ada memasuki bilik penemuduga, sila ketuk pintu terlebih dahulu dan mengucapkan kata - kata yang baik kepada panel, contohnya "Assalamualaikum, atau selamat pagi boleh saya masuk". Setelah itu, duduk pada posisi yang selesa di kerusi yang disediakan. Tunjukkan emosi yang mesra dengan senyuman kepada panel. Jawab soalan - soalan yang di ajukan oleh panel penemuduga dengan nada suara jelas yakin dan pastikan jawapan yang di utarakan adalah tepat dan tidak merapu.
Semasa sesi temuduga, lihat reaksi dan emosi penemuduga jika ia memberikan tindakbalas yang positif, cuba respon dengan tangkas, dengan menggunakan pergerakan tangan semasa anda memberi pandangan atau jawapan, agar menampakkan anda lebih yakin dan bersungguh terhadap jawatan berkenaan, dalam masa sama ia akan membantu untuk penemuduga lebih berminat dengan anda.
Sesetah penemuduga menamatkan sesi temuduga dan menyatakan jika ada kata - kata tambahan, anda terus boleh mengucapkan ucapan terima kasih atas jemputan ini dan semoga ada harapan untuk jawatan yang di iklankan. Jabat salam dengan panel penemuduga sebelum keluar sambil mengucapkan terima kasih.
Lazimnya, di era teknologi yang maju ini, sememangnya cabarangan serta saingan adalah amat tinggi untuk mendapatkan tempat bagi jawatan pekerjaan yang diidamkan, ada yang mengatakan jika tidak ada kabel atau talian hayat amatlah sukar atau peratus yang rendah akan diperolehi. Sebaik mana pun yang kita lakukan, pasti ada cabarannya. Untuk ini, anda seharusnya mesti yakin dengan diri anda walaupun berhadapan dengan mereka - mereka yang lebih baik. Pastikan jika anda ingin menjawat jawatan yang anda pohon, dan semasa sesi temuduga anda haruslah meletakkan diri anda pada kanca yang tinggi agar panel iaitu penemuduga berkeyakinan dengan anda.
Tidak lupa juga, sebelum melangkah untuk ke sesi temuduga sebenar, anda haruslah tidak lupa dengan berdoa kepada yang maha esa agar segala urusan kebaikan yang dilakukan membawa atau menghasilkan kebaikan dan keberkatan.
0 Comments