USTAZ EBIT LEW MENYUMBANG KEPERLUAN MEDICAL KE SABAH

USTAZ EBIT LEW MENYUMBANG KEPERLUAN MEDICAL KE SABAH

Pendakwa terkenal dengan sifatnya pemurah yang tidak asing lagi di mata masyarakat Ustaz Ebit Lew yang sering kali membantu menyalurkan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan, walaupun di mana mereka berada. 

Ustaz meluahkan rasa risau dengan keadaan rakyat di Sabah yang kini masih berdepan dengan Pandemik Covid - 19 dan dalam masa sama Ustaz Ebit Lew menerima banyak mesej meminta sumbangan bantuan.

Hari ini 30 Oktober 2020, menerusi khidmat Kargo, Raya Airway. Dalam pada itu, menerusi paparan facebook mencatitkan; Hantar barang medikal set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.


Dalam masa sama,  menurut sumber media tempatan sinar harian. Ustaz Ebit Lew "Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan

"Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah, " menurut perkongsian di Facebooknya hari ini.

Katanya, barangan yang dihantar termasuk kelengkapan pelindungan diri (PPE), pelindung muka (face shield) dan pelindung kasut untuk keperluan petugas barisan hadapan.

Sumber kedua: Harian Metro  pada paparan utamanya menyatakan bahawa, Kuala Lumpur: Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi.

Terbaharu, Ebit turut turun padang menyalurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Menerusi hantarannya di Facebook (Fb) hari ini, Ebit memaklumkan beliau menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways untuk menghantar barangan perubatan ke negeri di bawah bayu itu.

-------------------------------------------------------------------


Tindakan Ustaz Ebit Lew, mendapat pujian dan rata - ratanya menzahirkan syukur serta terima kasih dari kebanyakan natizen, di dalam facebook beliau, antara sebahagiannya;

  • Ajie Tetipad

Alhamdulillah syukur.. Terbaik Ustaz.. Semoga dipermudahkan segalanya utk Ustaz Ebit lew meneruskan perjuangan beliau dan dipermudahkan segalanya dunia akhirat kelak.. In shaa Allah.. Barakallahahulak.. Aamiin ya Rab... Moga Allah SWT aje yg membalas jasa ikhlas Ustaz.. Syukur...ya Allah...

  • Jeffry Aktivis

Terima kasih x terhingga Ustaz atas sumbangan utk org Sabah. Saya mewakili org Sabah menadahkan kpd Allah mohon ustaz dilimpah ruah rezeki dan kesihatan yg baik utk terus berdakwah dan membantu insan2 yg memerlukan.

  • Norsilawati Nilbee

Terima kasih ustaz.. Semoga rezeki ustaz sentiasa mengalir umpama sungai yg tiada penghujungnya.. Semoga sumbangan sy yg x seberapa ini dpt mbantu insan lain & jd saham akhirat kedua org tua sy.

  • Salmah Maibon

Semoga Allah limpahkan berkali ganda rezeki pd ustaz untuk dikongsikan bersama org yg memerlukan. Kami x dpt nk melakukan mcm ustaz. Kami berdoa semoga ustaz sihat d di permudahkan segala urusan.



Semoga usaha Ustaz Ebit Lew di permudahkan dan sentiasa mendapat keberkatan kebaikan darinya. 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia