CARA MENGAITKAN APPLIKASI WHATSAPP DI HP KE LAPTOP / KOMPUTER

CARA MENGAITKAN APPLIKASI WHATSAPP DI HP KE LAPTOP / KOMPUTER

Tahukah anda, Applikasi whatsapp yang ada pada telefon bimbit anda boleh dikaitkan dengan laptop atau komputer peribadi anda?

Ingin tahu bagaimana caranya,,, haaa... jom kita kongsi bersama....



APPLIKASI WHATSAPP.

Applikasi Whatapp, merupakan modium perhubungan secara maya yang mana terhangat pada masa kini. Umumnya, applikasi ini boleh menghubungkan melalui chat, voice chat, video call dan juga voice call. Anda boleh melihat wajah rakan yang ada hubungi semasa membuat video call. Dalam pada itu juga, ada boleh mengadakan whatsapp group dikalangan rakan - rakan anda, hal ini memudahkan anda untuk hanya menghantar satu maklumat sahaja. 
Selain daripada itu, melalui applikasi whatsapp, selain daripada menghantar gambar atau video, anda juga boleh mengirim maklumat seperti data dari pdf, word, dan juga excell. 
Secara umumnya melalui applikasi whatsapp, ia sangat mudah untuk anda mengeratkan silaturrahim sesama rakan anda ataupun sanak keluarga. 



BAGAIMANA APPLIKASI WHATSAPP DI TELEFON BIMBIT ANDA DIKAITKAN DENGAN LAPTOP ATAU KOMPUTER PERIBADI?

Langkah pertama
  • Pada laptop atau komputer anda, cari di google dengan menaip Whatsapp Web. Anda akan menemukan paparan seperti berikut.
Paparan Whatsapp Web


Langkah kedua
  • Buka Applikasi Whatsapp pada telefon bimbit anda, cari dan tekan tombol yang bertanda tiga titik (...) secara menegak. Ia terletak pada sebelah bahagian atas sebelah kanan. 

Langkah ketiga
  • Tekan perkataan yang bercatit, WhatsApp Web. Paparan seberti berikut akan muncul pada telefon bimbit anda
Paparan pada telefon bimbit 


Langkah keempat
  • Scan atau imbas paparan QR Code pada laptop atau komputer anda dengan menggunakan telefon bimbit anda. Justeru itu, anda berjaya mengaitkan Applikasi Whatsapp pada telefon bimbit anda ke laptop atau komputer anda.


Lantaran daripada itu, adalah amat muda untuk anda menaip dengan lebih pantas pada paparan Applikasi Whatsapp, jika anda mengaitkannya ke laptop atau komputer. Selain daripada itu, anda boleh menghantar maklumat - maklumat yang ada pada laptop atau komputer anda kepada majikan atau rakan sekerja anda (jika berkaitan dengan hal kerja) atau kepada rakan - rakan serta keluarga. 

Jika anda ingin ingin keluar, iaitu memberhentikan kaitan applikasi whatsapp anda dengan laptop atau komputer anda. Ikuti langkah kelima:


Langkah kelima
  • Cari dan tekan semula tombol yang bertanda tiga titik (...) secara menegak pada telefon bimbit anda. Selepas itu tekan WhatsApp Web, kemudian tekan perkataan Log out fromm all devices, seperti pada paparan di bawah;
Paparan pada telefon bimbit anda


Apabila anda sudah menekan Log out from all devicess, secara automatik applikasi whatsapp pada telefon bimbit anda tidak lagi terkait dengan mana - mana laptop atau komputer. Ini menyebabkan keselamatan data pada applikasi whatsapp anda selamat dan ianya hanya berada pada telefon bimbit anda sahaja. 



Demikianlah bagaimana caranya untuk mengaitkan applikasi whatsapp pada telefon bimbit ke laprop atau komputer anda. Caranya amat muda, dan menyenangkan dalam urusan kerja serta penaipan dengan lebih pantas. 







Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian