Minyak zaitun atau adalah minyak yang didapat dari buah zaitun (Olea europaea), pokok tradisional dari lembah Mediterranean. Minyak zaitun berasal dari
pokok zaitun yang tumbuh lambat, mempunyai batang berkedut dan kelabu ramping
dengan cabang pecah-pecah. Pokok zaitun boleh tumbuh sehingga 50 meter di
habitat semula jadi mereka dan hidup selama lebih daripada 500 tahun. Buah ini
mempunyai bentuk bulat gemuk dengan warna hijau apabila mentah dan berubah
menjadi kekuning-kuningan apabila sudah mula memasak. Minyak dapat digunakan
untuk memasak, kosmetik, ubat herba, dan sabun, dan juga sebagai bahan bakar untuk lampu minyak. Manfaat minyak zaitun sangat banyak bagi
kesihatan kerana mengandungi lemak tak tepu yang tinggi (terutamanya asid oleik dan polifenol). Sumber : wikipedia
Sehubungan daripada itu khasiat minyak zaitun memang tidak dinafikan lagi, di mana produk ini membantu kepada kesihatan anggota badan. Berikut dikongsikan beberapa khasiat yang tersirat dalam minyak zaitun, untuk perkongsian bersama;
- Membantu untuk kesihatan otak
- Membantu dalam kesihatan mata
- Membantu untuk kesihatan jantung
- Membantu untuk kesihatan buah pinggang
- Membantu untuk kekuatan tulang - temulang
- Membantu menyihatkan kulit
- Membantu dalam kesihatan organ pembiakan
- Membantu dalam kesihatan hati
- Membantu untuk kesihatan hidung
- Membantu dalam menyihatkan usus
👉 3) Membantu Mencegah Kolitis Berulser
Kajian yang dijalankan terhadap 25,000 orang berusia sekitar 40 ke 65 tahun di UK, menunjukkan peserta-peserta kajian yang mengambil dos asid oleik tertinggi mempunyai 90% kurang risiko mendapat Kolitis Berulser berbanding peserta-peserta yang mengambil dos terendah. Kolitis Berulser adalah keradangan pada usus besar atau kolon. Simptom keradangan bergantung kepada tubuh badan seseorang. Sesetengah daripada kita mungkin akan mengalami cirit-birit berdarah atau bernanah, sakit perut, ataupun sembelit. Bagi menangani hal ini, penyelidik telah menyarankan supaya mengambil dua ke tiga sudu besar minyak zaitun setiap hari. Sumber : olive house
Banyak doa cepat sembuh yang diajarkan Rasulullah kepada kita untuk orang yang melawat mahupun untuk orang yang sedang sakit.
Rasulullah juga mencontohkan kepada kita bagaimana orang yang sedang sakit untuk berdoa demi kebaikan dan kesembuhan dirinya sendiri, dengan cara meletakkan tangan kanannya pada bahagian tubuh yang sedang sakit sambil berdoa :
Bacaan: “Bismillah A’uudzu Bi’izzatillahi wa Qurdratihi Min Syarri Maa Ajidu wa Uhaadziru”.
Sumber : hijabista
0 Comments