INILAH CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGHILANGKAN TEKANAN SEMASA DUDUK DIRUMAH

INILAH CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGHILANGKAN TEKANAN SEMASA DUDUK DIRUMAH

Tekanan merupakan perkara yang lazim dan di alami oleh semua orang. Tekanan adakalanya menganggu gugat pemikiran dan tindakan seharian. Tingkat atau tahap tekanan yang di alami adalah berbeza - beza mengikut kehidupan seseorang, ada yang disebabkan oleh kesempitan hidup, masalah kewangan, masalah sosial dan macam - macam lagi. Hari ini juga kedengaran masalah tekanan takkala hanya duduk dirumah. Namun demikian, tahukah anda sebenanrnya terdapat banyak perkara - perkara yang berfaedah yang boleh di lakukan walaupun hanya duduk di rumah. Umumnya, duduk di rumah bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan dan keselamatan, namun ia juga membantu memutuskan rangkaian penyakit yang dihadapi sekarang.

Sehubungan daripada itu, terdapat beberapa cara atau tindakan positif yang boleh dilakukan semasa duduk di rumah, yang mana memberi manfaat dan seterusnya mampu mengatasi masalah tekanan jika dihadapi, antaranya;

  • BERKARAOKE 
Hiburan merupakan seni yang memberi kegembiraan dalam hati dan menusuk ke sanubari. Oleh itu, jika melakukan aktiviti karaoke samada bersendirian atau bersama keluarga, secara tidak langsung boleh mengurangkan tekanan yang dirasai. Dalam pada masa sama, ia juga mengeratkan serta mengakrafkan lagi ikatan silaturrahim dikalangan keluarga didalam rumah. Perkara ini amat baik, dan menjadikan sesebuah keluarga lebih harmoni.
Menurut sumber, aktiviti karaoke memberi banyak kebaikan positif, salah satunya;

1. Memproduksi hormon bahagia

Hormon endorphin atau yang sering disebut hormon bahagia akan dikeluarkan saat kita bernyanyi dan akan membuat kita merasa senang. Walaupun punya suara pas-pasan, tapi kalau sudah happy maka stres juga bisa hilang bukan?

Hal itu pun dibenarkan oleh Profesor Takeshi Tanigawa dari Ehime University Graduate School of Medicine. Menurutnya, saat karaoke bersama teman-teman, seseorang biasanya mendapat applause usai bernyanyi. Ini juga merupakan bentuk dari apresiasi yang membuat seseorang jadi bahagia.

Maklumat sepenuhnya sila tekan pada pautan ini 👉 Hiburan Karaoke Memberi Kesan Positif
  • BERCUCUK TANAM
Semasa dalam tempoh duduk di rumah, anda boleh melakukan aktiviti bercucuk tanam, dimana anda boleh menanam sayur - sayuran secara hidrofonik didalam pasu atau dihalaman rumah anda. erkara dan tindakan ini amat baik, dan memberi manfaat besar kepada keluarga anda. Ia bukan sahaja menjadi hiasan rumah anda, malahan juga mempu mengurangkan kos belanja dapur apabila ianya berhasil. Justeru ini, aktiviti harian ini, mampu melegakan minta anda apabila anda bercucuk tanam dan mendapat hasilnya. 
  • MENINGKATKAN AMAL IBADAH
Sambil bekerja dari rumah, anda juga mendapat masa yang banyak dan boleh memanfatkannya dengan meningkatkan amal ibadah dengan membaca serta menghafaz Al - Quran. Memahami isi kandungannya, terjemahannya serta yang lainnya juga. Sememangnya dengan membaca Al-Quran, jiwa dan raga akan merasa tenang dan selesa dalam melakukan kerja - kerja harian. 
  • MEMBERSIH SERTA MEMBAIKIPULIH RUMAH
Aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk anda tidak merasa bosan atau tekanan, anda boleh melakukan aktiviti dengan membersihkan rumah anda serta membaikpulih mana - mana kerosakan yang ada dan terbiar. Tindakan ini, bukan sahaja anda lebih cergas, malahan anda akan menjadi mahir dalam melakukan kerja - kerja yang jarang anda lakukan. Selain itu, anda juga mendapat penjimatan kos, dengan tidak lagi mengupah orang luar untuk kerja pembaikan rumah anda. 


Jadilah seperti air, walaupun di kocak - kacik, ia akan tetap tenang semula 



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian