INILAH KHASIAT BIJIRIN HITAM (HABBATUS SAUDA)

INILAH KHASIAT BIJIRIN HITAM (HABBATUS SAUDA)

Habbatus Sauda adalah bijirin dalam panggilan oleh kaum Arab. Ia adalah sejenis bijirin kecil berwarna hitam dan mengandungi banyak khasiat kebaikan kepada kesihatan anggota badan. Lantaran daripada itu, setelah membuat serta mengumpul beberapa data, Berikut dikongsikan khasiat habbatus sauda untuk pengetahuan dan kebaikan bersama, antaranya;

  • Membantu merawat penyakit diabetes kronik
  • Berkesan dalam menurunkan kadar gula dalam darah
  • Sebagai penawar kepada masalah keputihan pada golongan wanita
  • Membantu meningkatkan produksi dan kuantiti air susu ibu
  • Membantu meningkatkan imunisasi tubuh (Antibodi)
  • Meningkatkan tahap stamina dan daya tahan dalam tubuh badan
  • Mampu memperbaiki hormon seksual, meningkatkan kesuburan lelaki, (meningkatkan kualiti dan jumlah sel sperma). Sesuai untuk golongan yang menginginkan zuriat atau keturunan
  • Mampu mengatasi gangguan seksual dan mati pucuk
  • Sebagai anti alahan dan anti bakteria
  • Penawar kepada anti radang pelbagai
  • Membantu mengatasi masalah darah tinggi dan darah rendah
  • Melegakan masalah selesema dan batuk - batuk
  • Membantu mengatasi dan menyelesaikan masalah infeksi saluran pundi kencing
  • Sebagai perawat kepada penyakit paru - paru 
  • Membantu mengatasi masalah semput dan kelelahan anti oksidan dan anti penuaan
  • Membantu dalam merawat dan mengeringkan luka - luka yang terbuka
  • Membantu mengatasi masalah pencernaan  (angin) dan kembung

Bijirin Hitam (Habbatus Sauda)





Selain daripada itu juga, khasiat bijiran habbatus sauda juga disokong oleh beberapa sumber yang sahih. Menurut paparan facebook Al-Wafaa House of Sunnah, menyatakan bahawa sedikit sebanyak tentang khasiat bijiran Habbatus Sauda, antaranya;

MAMPU MENGURANGKAN TEKANAN DARAH
Kesan anti-hipertensi habbatus sauda’ didapati dapat membantu orang ramai mengurangkan dengan tekanan darah yang tinggi. Menurut suatu kajian yang disiarkan dalam jurnal Farmakologi Asas & klinikal, penggunaan harian ekstrak Nigella sativa selama dua bulan mampu mengurangkan tekanan darah pada pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi yang berkadar sederhana. Di samping itu, biji ini turut didapati mampu membantu mengurangkan tahap lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau kolesterol ‘tidak baik’) dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.
Apabila mengalami tekanan darah tinggi, anda digalakkan untuk mengambil 100 hingga 200 mg ekstrak Nigella sativa dua kali sehari dan diamalkan secara konsisten. Anda juga harus mendapatkan saranan doktor untuk dos yang sesuai mengikut keadaan anda.
MAMPU MENGAWAL PENYAKIT DIABETIS TAHAP KEDUA
Para penyelidik telah mengkaji kesan biji Nigella sativa yang didapati berpotensi dalam mengawal glisemik pada pesakit dengan penyakit diabetes tahap kedua. Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Fisiologi dan Farmakologi India, dos harian habbatus sauda’ yang diambil sebanyak 2 gram mungkin menjadi cara yang baik untuk mengawal tahap gula darah pada pesakit yang menghidapi diabetes tahap kedua.
Pengambilan biji ini juga didapati boleh membantu mengurangkan tahap gula dalam darah yang menaik parasnya dengan cepat serta rintangan insulin. Ianya juga berpotensi meningkatkan fungsi sel beta dalam pankreas. Pendek kata, habbatus sauda’ telah menjadi suatu bahan yang berpotensi dalam membantu mencegah penyakit diabetes.




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian