KHASIAT SAYUR PERIA

KHASIAT SAYUR PERIA

Tahukah anda, sayur yang pahit sememangnya amat baik untuk kesihatan, Dari zaman nenek moyang, mereka lebih gemar memakan sayur - sayuran segar yang mana rasanya pahit seperti peria, pucuk daun papaya, dan macam - macam lagi. Ini kerana ia banyak mengandungi khasiat kesihatan. Umumnya, sayur Peria adalah sayur yang tumbuh di permukaan tanah yang gambut, Tumbuhan ini jenis menjalar dan amat mudah untuk di tanam, samada di kebun - kebun atau di halaman rumah. Rasanya yang pahit, namun mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan badan. Pelbagai kenis masakan yang boleh di hasilkan menggunakan sayur peria, antaranya peria goreng, peria tumis, peria ulam, dan macam - macam lagi.

Di samping itu, sayur peria mempunyai khasiat tersendiri yang perlu di ketahui untuk kebaikan kesihatan badan. Hasil daripada kajian, berikut adalah beberapa khasiat yang tersimpan di dalam sayur peria  untuk dikongsikan bersama;

  • MENGUATKAN IMUNISASI BADAN
Peria kaya dengan antioksidan yang membentuk sistem pertahanan yang kuat untuk melawan virus. Sayuran ini kaya dengan vitamin C.  Sayur peria juga membantu untuk penyembuhan penyakit yang dihidapi, dalam pada itu pengamalan terhadap sayuran ini, ia mampu membantu mencegah daripada jangkitan penyakit. Anggota badan anda akan sentiasa cergas dan kuat dalam melakukan kerja - kerja harian.
  • BERTINDAK UNTUK PENYEJUK BADAN
Merebus sayur peria dengan meminum airnya, ampu menyejukkan badan yang hangat. Ia amat sesuai di amalkan ketika musim panas. Badan anda akan terasa hangat, dan mengeluarkan keringat dalam badan, ini secara tidak langsung mengeluarkan haba panas dalam badan anda. Anda akan terasa lega, ringan dan sejuk segar.
  • MENCANTIKKAN WAJAH KULIT
Mengamalkan pemakanan sayur peria, ia juga dikatakan berkesan dalam penjagaan kecantikan kulit. Sayur ini, dapat membantu menghalang jerawat tumbuh pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit akan kelihatan licin, mulus dan cantik. Dalam pada itu, wajah tidak kelihatan kusam dan penuaan.
  • MENGHALANG PERTUMBUHAN SEL KANSER

Radikal bebas mencari dan memusnahkan sel-sel yang sihat. Ia juga mempercepatkan penuaan dan menyebabkan banyak komplikasi termasuk kanser. Peria kaya dengan antioksidan yang memerangi kesan radikal bebas serta meningkatkan imunisasi dengan mewujudkan pertahanan yang kuat untuk melawan penyakit. Antioksidan juga bersifat anti-kanser dan anti-karsinogen. Ujian klinikal terkini dan kajian farmakologi memperlihatkan hubungan antara amalan pemakanan peria dan pengurangan tumor pada individu yang menghidap kanser payudara, serviks dan prostat. Terdapat satu kajian lain yang dijalankan untuk menguji peranan peria dalam pencegahan kanser, sebagai alternatif kepada rawatan kemoterapi. Menarik sekali, pengkaji dari Amerika Syarikat pada tahun 2016 telah berjaya sebatian antikanser daripada peria yang diberi nama peptida B-4. Mereka mendapati bahawa rawatan selama 48 jam menggunakan sebatian ini berjaya merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon. Sumber : Bidadari.my

  • BAIK UNTUK PENCERNAAN PERUT
Sayur peria amat bagus untuk proses pencernaan makanan dalam perut. Ia mampu mengatasi masalah sembelit, ini kerana sayur peria mengandungi selulosa yang mana merupakan sumber serat terbaik. Perut akan terasa lega dan segar. 


Sayur Peria 



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan