Panorama dan Kehidupan di Pulau Sebatik

Panorama dan Kehidupan di Pulau Sebatik

Pulau Sebatik merupakan satu pulau yang terbesar dan kedudukannya terletak di kawasan Daearh Tawau. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu separuh kepunyaan Malaysia dan separuh lagi Indonesia. Untuk menjejaki pulau berkenaan, haruslah menaiki bot dari Bandar Tawau atau kenderaan udara (helikopter). Perjalanan hanyalah mengambil beberapa minit atau satu jam sahaja. 

Berdasarkan sumber wikipedia Pulau Sebatik ialah sebuah pulau di pantai Timur Borneo. Pulau Sebatik dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian yang utara adalah milik Sabah, Malaysia manakala bahagian yang selatan adalah milik Kalimantan Utara, Indonesia.

Pulau Sebatik adalah salah satu tempat di mana terjadi pertempuran hebat antara pasukan Indonesia dan Malaysia ketika Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1965.

Pulau berkenaan juga di huni lebih kurang 25000 rakyat Malaysia dan 80000 rakyat Indonesia. Majoritinya mengusahakan aktiviti perniagaan, pertanian dan perikanan. 



Pandangan dari atas : Kedudukan Pulau Sebatik


Tambahan daripada itu, Terdapat banyak nama - nama kampung di pulau berkenaan, antaranya, Kampung Bergosong, Kampung Wallaca Bay, Kampung Mentadak Baru, kampung Sungai Tongkang, Kampung Sungai Limau, kampung Sungai Pisak - Pisak, Kampung Sungai Pukul, Kampung Lahat - lahat, Kampung Haji Kuning, Kampung Sungai Pancang, dan banyak lagi. 

Penghuni kampung berkenaan terdiri dari suku kaum Bajau, Suluk, Bugis, Banjar dan Timur. Mereka hidup serumpun dalam keluarga yang harmoni, dan saling menghormati antara satu sama yang lain.  


Pemandangan sudut :
di Kampung Bergosong



Kemudahan - kemudahan asas juga terdapat di beberapa kampung berkenaan, seperti pendidikan Sekolah, kemudahan air dan lampu, Klinik dan Jalan raya. Masyarakatnya juga majoritinya memiliki kemudahan kenderaan laut iaitu perahu, bagi memudahkan mereka untuk bergerak ke Bandar Tawau. Disamping itu juga, kenderaan berkenaan di gunakan untuk perusahaan ke laut untuk menangkap ikan. 

Hasil tangkapan akan di dagangkan kepada pembeli di Bandar Tawau pada harga siling yang berpatutan. 



Kenderaan laut, penduduk kampung



Walaupun Pulau ini berbatas dengan Negara Indonesia, namun masyarakatnya hudup dalam keluarga yang harmoni. Ini jelas kelihatan apabila tiba perayaan Hari Raya, mereka saling kunjung mengunjung antara satu sama yang lain. Jamuan kueh mueh yang di hidang akan dinikmati bersama. 



Post a Comment

1 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia