PETUA UNTUK TIDUR AWAL

PETUA UNTUK TIDUR AWAL

Kesihatan badan (dalaman dan luaran) adalah aspek yang amat penting, agar tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi dan sentiasa kelihatan aktif dan cergas. Keseimbangan anggota badan bukan sahaja di penuhi dengan senaman, rehat serta pemakanan, namun ia juga perlu kestabilan tidur. Seseorang yang tidak cukup tidurnya akan kelihatan tidak bermaya dan badan longlai atau layu. 


Sehubungan dengan itu, mari kita kongsikan bersama beberapa tip atau tindakan positif yang boleh kita lakukan untuk mendapat tidur awal yang selesa dan mencukupi, antaranya;

  • TIDUR SEAWAL JAM 10 MALAM ATAU SEBELUM JAM 10 MALAM
Selepas selesai menunaikan solat fardu isyak, selalunya anggota badan perlu direhatkan agar mendapat tenaga tidur yang mencukupi. Antara masa yang paling baik untuk untuk tidur adalah sebelum jam 10 malam, ini kerana anggota badan akan cergas dan cukup tenaga untuk menunaikan solat fardu subuh. 
  • JANGAN BERMAIN PERALATAN ELEKTRONIK
Di zaman teknologi ini, sememangnya handphone sangat mempengaruhi semua lapisan masyarakat, samada tua mahupun muda. Perkara itu, bukan sahaja dari aspek perbualan, Video, Tiktok malahan juga kepada permainan (Video Games) seperti PUBG dan banyak lagi. Tindakan yang positif untuk anda mendapat cukup tidur, anda haruslah mematikan data atau meletakkan handphone anda jauh dari capaian tangan anda. Secara tidak langsung anda tidak memikirkannya dan mendapat rehat tidur yang selesa dan mencukupi.
  • BERADA DI RUMAH SEBELUM WAKTU MAGRIB ATAU ISYAK
Nescaya bahawa pencarian rezeki yang digalakkan adalah pada waktu siang, dan malamnya adalah untuk merehatkan anggota badan. Walaupun dengan kesibukan seharian, yang pastinya kerja yang dilakukan tidak akan selesai. Oleh yang demikian, ada baiknya anda mengambil tindakan bijak dengan memastikan diri anda berada di rumah sebelum waktu solat fardu magrib atau isyak. Hal ini kerana, anda mempunyai masa yang banyak untuk mengatur perkara - perkara di dalam rumah dan juga keluarga anda dengan baik sebelum jam 10 untuk waktu tidur. Anda secara tidak langsung anda akan tidur lena, kerana anda tidak lagi risau tentang perkara - perkara yang perlu diselesaikan di dalam rumah kerana anda telah menyelesaikannya dengan lebih awal.
  • MEMPERBANYAKKAN ZIKIR DAN DOA 
Dalam kehidupan serta melakukan kerja - kerja seharian demi nafka dan kelangsungan hidup, anda jangan melupakan untuk sentiada berzikir dan berdoa kepada yang maha kuasa. Tindakan baik ini, bukan sahaja mendapat keberkatan rezeki, malahan anda akan lebih tenang dan murah rezeki atas usaha, ketabahan dan kesabaran dalam diri. Zikir dan doa diperbanyakkan sebelum tidur atau selepas menunaikan solat fardu isyak, mampu memberi ketenangan jiwa, fikiran dan seterusnya membawa kepada lena untuk tidur. 


gambar hiasan: tidur awal dan lena


  • ELAKKAN MANDI LEWAT MALAM
Membersihkan diri adalah penting agar anggota badan sentiasa terhindar dari bakteria atau bendasing luar. Walaupun demikian setibanya anda di rumah sebelum waktu solat fardu magrib atau isyak, tindakkan bijak anda haruslah segera mandi tanpa melengakannya. Ini kerana, apabila anda lewat mandi, badan anda terasa segar dan sangat sudah untuk merehatkan badan (tidur). Oleh itu, anda haruslah bertindak awal, iaitu mandi dan makan serta melakukan kerja - kerja rumah yang belum terkemas sebelum jam 10 malam, agar diri anda dapat rehat (tidur) sebelum jam 10 malam dengan lena.



Lantaran daripada itu, penyusunan masa, kerja dan rehat yang baik dan bijak mampu meningkatkan tubuh badan ke tahap seimbang dan stabil. Oleh itu juga, pastikan kehidupan, khususnya kediaman rumah anda sentiasa dalam keadaan selamat, di mana pastikan pintu rumah telah berkunci, bahan tenaga (karen) di matikan, peralatan elektronik rumah dimatikan dan bahan bakar (dapur gas) di padamkan sebelum beristerehat (tidur) sebelum jam 10 malam. 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian