RIMBUN RUMAH ANDA DENGAN SUMBER MAKANAN

RIMBUN RUMAH ANDA DENGAN SUMBER MAKANAN

Rumah sememangnya merupakan tempat berteduh bersama sanak keluarga. Rumah adakalanya rumah pangsa, rumah apartment, rumah teres atau rumah atas air.  Pernahkah anda terfikir untuk menghiasi rumah anda dengan sumber makanan. Tentunya ramai yang tidak tahu dan kadang kala ianya membuang masa. 

Penulis ingin berkongsikan sedikit pengalaman yang pernah penulis lihat, di mana seorang rakan menghiasi rumahnya dengan sumber makanan, iaitu tanaman secara hidropik (sekiranya rumah tidak mempunyai halaman atau ruang yang luas).

Di zaman moden itu, kaedah bercucuk tanam, boleh di lakukan dirumah iaitu dengan hanya menanam sayur - sayuran di pasu, atau di dalam bekas seperti tin, tayar dan banyak lagi. Anda hanya membelanjakan sedikit modal, iaitu lingkungan RM50.00 sahaja, namun anda dapat menikmatinya secara berpanjangan.



Persekitaran rumah anda, ada baiknya anda hiasi dengan tanaman seperti sayur - sayuran, dan buah - buahan (kelapa, ubi kayu, limau dan macam - macam lagi). Selain daripada itu, pasu - pasu bunga anda gantikan dengan tanaman seperti sawi, bendi, terung, dan sebagainya. 

Kaedah yang bijak seperti ini, dengan menghiasi halaman rumah anda dengan tanaman hijau sayur - sayuran, bukan sahaja meghiasi rumah anda, malahan mampu menjimatkan ekonomi perbelanjaan dapur anda. Dalam pada itu juga, ia menyerap oksigen dan membekalkan karbon dioksida, udara yang segar dan nyaman akan terhasil di persekitaran rumah anda. 


Di samping itu juga, dengan memanfaatkan halaman rumah dengan bercucuk tanam khususnya sayur - sayuran dan buah - buahan, membuatkan anda menghargai dan juga kelihatan sentiasa aktif dalam melakukan kerja - kerja luar.. Anggota badan anda akan lebih sihat dan tulang - tulang yang kuat. Sambil bercucuk tanam, anda secara tidak langsung dapat berkongsi hasil tanaman anda dengan jiran anda, dan mendorong kepada ikatan silaturrahin kekeluargaan jiran tetangga yang baik. 




Justeru daripada itu, dikongsikan daripada sumber media tempatan, yang mana menghuraikan manfaatkan halaman ruamh; 

Bahkan, memanfaatkan halaman rumah dengan pelbagai tanaman dan sayuran bukan saja memberi kepuasan buat mereka yang meminatinya malah menghidangkan panorama indah dan menyejukkan pandangan.

“Menariknya hobi ini kerana kita dapat nikmati hasilnya dan berkongsi rezeki dengan jiran tetangga. Pernah juga saya menanam serai dan menjualnya di kedai makan berdekatan,” katanya....maklumat  selanjutnya ..👉 hmetro

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan