Senyuman merupakan tindakan refleks semulajadi yang dimiliki oleh setiap manusia di muka bumi ini. Senyuman juga merupakan kunci kejayaan dalam sesebuah perniagaan, dan ianya banyak digunakan pada masa kini dan terbukti memberi kesan yang positif. Cuba kita lihat, gedung - gedung pasaraya, restoran - restoran dan juga yang lainya, di mana kebanyakkan kakitangannya melontarkan senyuman kepada pelangganya apabila pelanggan sedang memasuki atau menggunakan khidmat mereka.
Selain dari itu juga, nilai senyuman tidak dapat di ukur dengan peta pengukur atau pembaris, ianya hanya lahir dari keikhlasan seseorang, samada memberi senyuman atau sebaliknya.
Tahukah anda dengan senyuman, ia mempunyai nilai dan impak yang besar dalam kehidupan seharian, kesan positifnya merangkumi;
Senyuman yang lahir hadi hati, menjadi satu megnet yang membawa kepada penawar hati sanubari. Hati akan tenang, dan amat muda untuk melakukan kerja - kerja seharian.Takala anda sedih, dengan senyuman ia mendorong anda untuk tidak ke arah perkara - perkara negatif, minda ada akan sentiasa tenang dan sabar serta redha dalam menerima segala yang anda hadapi.
Senyuman yang baik kepada seseorang atau jiran - jiran, rakan - rakan mampu memberi kesan positif, khususnya dalam perhubungan. Anda akan lebih di senangi oleh orang lain seandainya sentiasa melontarkan senyuman yang baik. Perkara ini, bukan sahaja mengeratkan silaurrahim, malahan menghindari daripada perkara - perkara vadalisme dikalangan masyarakat di sesuatu kawasan berkenaan. Dengan senyuman, ia juga dapat membina ikatan harmoni yang membawa kepada aktiviti bantu membantu, hormat menghormati serta tatasusila yang baik.
Senyuman juga merupakan salah satu kunci keyaan pada diri seseorang. Sememangnya dengan hanya senyuman yang baik dan ikhlas, seseorang akan mudah didekati, disenangi dan digeruni orang orang lain. Dirinya akan lebih mesra dan dipercayai oleh masyarakat. Dalam pada itu, ditambah dengan tindak balas yang baik, sudah pasti ia akan membawa kejayaan positif dalam diri.
Ramai yang tidak menyangka bahawa senyuman membawa kepada kesihatan khususnya awet muda. Lazimnya, dengan senyuman seseorang akan kelihatan lebih ceria dan raut wajahnya sentiasa bersinar. Perkara ini amatlah baik dan menyumbang kepada kesihatan dalaman yang tinggi.
|
Gambar hiasan : Indahnya senyuman diwajahnya
|
Justeru daripada itu, jangan biarkan diri anda birsikap ego dengan tidak memberi senyuman kepada orang lain. Ketahuilah terdapat seribu kebaikan yang anda akan nikmati apabila anda sentiasa senyum dan bersikap positif dalam perkara kebaikan.
Umumnya, menurut kajian sains yang dipetik daripada sumber wikipedia menyatakan bahawa Semasa seseorang itu senyum,
16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot
digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan
oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).
Senyum mampu mengubah mood
kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial
feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara
sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan
pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari
ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan
teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan
dengan senyuman.
2 Comments
Mantap bro
ReplyDeleteTerima kasih, berkongsi ilmu
Delete