SITUASI TERKINI 04 NOV 2020 : COVID - 19

SITUASI TERKINI 04 NOV 2020 : COVID - 19

Kini, menurut sumber media tempatan bh online menyatakan bahawa, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menyaksikan penularan wabak berkenaan di Malaysia telah mencecah sejumlah 35,425 jangkitan dengan 10,339 kes aktif.

Beliau berkata, Sabah mencatatkan 646 kes baharu (62.6), manakala negeri di Lembah Klang pula 244 jangkitan (23.6 peratus) dan Labuan melaporkan 28 (2.7 peratus).

"Kelima-lima negeri itu menyumbangkan sebanyak 918 kes (89.0 peratus) secara keseluruhan.

"Negeri terbabit masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 98 kes lagi (9.5 peratus) adalah berkaitan kluster penjara dan pusat tahanan sementara (PTS).

Ia meliputi 34 kes dalam Kluster Penjara Sandakan, Kluster Penjara Kepayan (24), Kluster Penjara Seberang Perai (16), Kluster Rumah Merah (11), Kluster Tembok (lapan) dan Kluster Benteng PK (lima).

-----------------------------------------------------


Lantaran daripada itu juga, untuk kes Covid - 19 di Negeri Sabah menunjukkan 646 kes baharu setakat hari ini 04 November 2020. Berdasarkan pada statistik, Daerah Sandakan merekodkan jumlah yang paling banyak iaitu sejumlah 226, diikuti oleh Bandaraya Kota Kinabalu sejumlah 212 orang.

Daerah lain antaranya Kinabatangan, Semporna, Tawau, Pitas, Tuaran, Penampang, Putatan dan keningau, masing - masing menunjukkan jumlah di bawah seratus (100).  Terdapat beberapa Daearh yang tidak mencatatkan kes baharu antaranya Daearh Beluran, Telupid, Kunak, Tongod, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Ranau, Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan. 

Walaupun demikian, keseluruhan Negeri Sabah masih dikuatkuasakan dalam zon merah dan kuning, seperti pada gambarajah di bawah (dipetik daripada kkm).


RINGKASAN KES BAHARU MENGIKUT DAERAH;

   
    Kota Kinabalu. 212
    Beluran. 0
    Telupid.  0
    Sandakan.  226
    Kinabatangan.  0
    Lahad Datu.  21
    Kunak.  0
    Semporna. 9
    Tawau.  71
    Tongod.  0
    Kudat.  0
    Pitas. 4
    Kota Marudu. 0
    Kota Belud. 0
    Ranau.  0
    Tuaran.  20
    Penampang. 49
    Putatan. 22
    Papar.  0
    Beaufort.  0
    Kuala Penyu.  0
    Sipitang.   0
    Tenom.  0
    Nabawan.  0
    Keningau.  12
    Tambunan.  0 

 


Justeru daripada itu, masyarakat adalah di ingatkan agar sentiasa mematuhi perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan dan juga peka serta sentiasa  melaksanakan standard operating prosedur (sop) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.  Semoga isu pandemik ini akan pulih sepenuhnya, dan masyarakat dapat melakukan aktiviti harian seperti sedia kala dengan baik. 

Post a Comment

2 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian