TERKINI PENDEMIK COVID - 19 (18 NOV 2020)

TERKINI PENDEMIK COVID - 19 (18 NOV 2020)

Isu pendamik Covid - 19 yang mana belum berakhir sangatlah membimbangkan semua lapisan masyarakat. Hampir saban hari ada sahaja dilaporkan kes baharu yang menyumbang kepada peningkatan. Walaupun demikian ada juga menurun dan Alhamdulillah mendapat sembuh. 


Lantaran daripada itu dan merujuk kepada gambarajah dibawah yang dipetik daripada sumber kkm, khususnya Negeri Sabah menunjukkan keadaanya masih belum stabil. Hari ini sahaja 18 November 2020 seramai tiga ratus dan lapan puluh tujuh (387) kes baharu direkodkan.

Daerah Tawau menunjukkan menunjukkan pertambahan kes baharu yang paling ramai iaitu sebanyak seratus dan enam puluh sembilan (169), di ikuti oleh Daerah Lahad Datu seramai lapan puluh (80) orang. 

Daerah Beluran, Pitas, Keningau dan Kota Marudu, masing - masing menunjukkan hanya satu pertambahan. Manakala sepuluh (10) Daerah tidak menunjukkan pertambahan dan direkodkan dengan nilai kosong (0) antaranya, Beaufort, Kinabatangan, Sipitang, Tongod, Tambunan, Kunak, Kuala Penyu, Telupid, Tenom dan Nabawan. 

Dalam pada itu, Daerah Keningau, Papar, Putatan, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Kota Belud, Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau masih diketegorikan dalam zon merah. Manakala Kota Marudu, Pitas, Beluran, Telupid, Tambunan, Kinabatangan, Kunak, Tongod, Sipitang, Beaufort dan Kuala Penyu pula diketegorikan dalam zon kuning. Hanya dua (2) Daerah yang berada dalam zon hijau iaitu Tenom dan Nabawan.



Ringkasan jumlah kes mengikut daerah bagi tarikh 18 November 2020 :-
 
  1.            Tawau.  169
  2.            Lahad Datu.   80
  3.            Kota Kinabalu.  44
  4.            Sandakan.  21
  5.            Kudat.   20
  6.            Ranau.   12
  7.            Tuaran.  12
  8.            Penampang.  10
  9.            Putatan.  5
  10.          Semporna.  4
  11.          Papar.   4
  12.          Kota Belud.  2
  13.          Beluran.   1
  14.          Keningau.   1
  15.          Pitas.   1
  16.          Kota Marudu.  1
  17.          Beaufort.  0
  18.          Kinabatangan.  0
  19.          Sipitang.   0
  20.          Tongod.   0
  21.          Tambunan.   0
  22.          Kunak.  0
  23.          Kuala Penyu.  0
  24.          Telupid.   0
  25.          Tenom.  0
  26.          Nabawan.  0


Perincian. Sumber : kkm



Justeru daripada itu juga, berdasarkan sumber kkm berikut adalah statistik keseluruhan kes Covid - 19 bagi seluruh Malaysia; 

Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 18 November 2020

·         Kes sembuh=630

·         Jumlah kes sembuh=37,254 kes

·         Kes baharu positif=660 kes

·         (kes import=4, kes tempatan=656)

·         Jumlah positif=50,390 kes

·         Kes kematian=4

·         Jumlah kes kematian=322 kes

·         Kes dirawat di ICU=103 kes

·         Bantuan Alat Pernafasan=41 kes


Semoga isu pendamik ini berakhir dengan sempurna, dan semua masyarakat dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik serta sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dibawah lindungan ilahi. 

Marilah kita sentiasa mengikuti langkah - langkah pencegahan dengan bijak yang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa, agar pendemik ini tidak menular dan seterusnya berakhir dengan cepat dan selamat. 




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian