TERKINI, SABAH BENARKAN SOLAT JUMAAT

TERKINI, SABAH BENARKAN SOLAT JUMAAT

Pihak berkuasa Negeri Sabah membenarkan solat jumaat dan solat fardu di zon merah dan jingga yang masih dalam situasi pendemik covod - 19. Jumlah jemaah yang ditetapkan adalah 40 orang. Solat jumaat di Masjid - masjid akan bermula pada 27 November 2020. Bagi solat fardu pula, jumlah di hadkan keada 30 orang dalam satu - satu Masjid. 

Sehubungan daripada itu, menurut Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Ustaz. Hj. Bungsu Aziz Jaafar, dari sumber media tempatan bh online menyatakan bahawa, Datuk mengatakan bahawa kebenaran itu berkuat kuasa hari ini hingga 6 Disember depan selaras kelonggaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.



Tambahan daripada itu juga, menurut sumber kedua my metro menyatakan bahawa "Jemaah yang bergejala seperti demam, batuk, selsema, sesak nafas dan sakit tekak termasuk yang mengidap penyakit kronik, kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah serta warganegara asing tidak dibenarkan hadir dalam tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan).

"Setiap jemaah dikehendaki menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka dan penggunaan cecair sanitasi tangan serta merekodkan kehadiran di dalam buku disediakan," katanya.

Dalam kenyataan itu, Datuk Ustaz Hj. Bongsu berkata, jemaah juga diwajibkan untuk mematuhi SOP kesihatan yang sudah ditetapkan kerajaan.

"Jemaah diminta mengamalkan penjarakan sosial termasuk semasa solat tidak kurang satu meter, mengelakkan bersalaman dan memakai pelitup muka termasuk ketika menunaikan solat.

Post a Comment

2 Comments

Featured Post

Hidangan Shell Out Menyelerakan