TERSIRAT DISEBALIK MENGKUDU

TERSIRAT DISEBALIK MENGKUDU

Mengkudu merupakan salah satu tanaman renek yang tumbuh liar di kawasan tanahnya lebab dan gambut. Kebiasanya tumbuhan ini, sering di tanam atau tumbuh secara sendirinya di kawasan kampung - kampung. 

Dulunya, tumbuhan ini, tidak di endahkan kerana kegunaannya yang tidak diketahui, khususnya kepada kesihatan, seinggahkan banyak di tumbangkan atau dimatikan oleh pekebun - pekebun dan digantikan dengan tanaman lain yang memberi pulangan lumayan.

Di zaman teknologi, melalui kajian - kajian yang dilakukan, tumbuhan ini mengandungi banyak khasiat kepada kesihatan anggota badan manusia. Menurut maklumat dari media tempatan, usaha penyelidik dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang meneroka khasiat buah mengkudu tidak kurang hebatnya. Pada tahun 2008, FRIM telah mengkaji potensi buah mengkudu ini yang dapat menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah. Kemudian pada tahun 2010, mereka menyelidik potensi buah mengkudu di dalam melindungi organ hati atau hepar. Artikel Penuh, 👉 maklumat sepenuhnya : sinar harian




Pokok mengkudu


Lazimnya, pokok megkudu tidak lah tinggi. ia agak sederhana. Buah yang masak akan kelihatan apabila ianya bertukar warna daripada hijau kepada kekuningan cerah serta beransur putih. Bau buah berkenaan agak hanyit, dan jika dipegang ianya sangat lembut.


Terdapat banyak khasiat yang terkandung dalam buah mengkudu, antaranya;

  • Anemia (Zat Besi)
  • Mempermudah proses pencernaan (Antraquinone)
  • Imunitas (Zinc)
  • Tumor dan Kanker (Damnacanthal)
  • Imunitas dan Kesihatan Mata (Vitamin A)
  • Memberi daya tahan tubuh ( Beta Karoten dan Vitamin C)
  • Hipertensi (scopoletin)
  • Diabetis (Proxeronin)
  • Mengatasi masalah kolestrol (Beta Sitosterol)
  • Sistem Syaraf dan Kontraksi otot (Kalium)
  • Depresi (Serotonin)
  • Mampu merawat demam
  • Menjadi benteng atau daya rahan jangkitan penyakit
  • Awet muda
  • Meningkatkan tenaga badan



Justeru daripada itu, semoga maklumat ini memberi manfaat dan seterusnya meningkatkan lagi tahap kesihatan bersama ke tahap yang lebih baik. Sesungguhnya kurniaan Ilahi banyak memberi manfaat kebaikan. 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan