Alamak, kabur sudah cermin lampu kereta anda?
Sukar untuk jalan pada waktu malam, jalan tidak nampak?
Apa yang perlu anda lakukan?
Budget tidak mencukupi, jika hendak servis ke kedai?
Jangan risau dan gundah, anda boleh membuatnya sendiri di rumah, hanya dengan kos yang rendah.
Bagaimana?... jom ikuti cerita dan panduan ini....
Nice of Headlamp |
SAYA INGIN LAMPU KERETA SAYA TERANG BERDERANG SEPERTI DAHULU?
- Sebelum anda membuat gosokkan dan spray, pastikan lindungi bahagian tepi cermin lampu kenderaan anda. Gunakan sulatap, agar ianya mudah diselaskan. Tujuanya adalah agar permukaan cat kenderaan anda tidak tercalar.
Langkah Pertama
Anda hanya perlu membeli kertas pasir, sabun dan spray cat clear. kos tidak sampai pun Rm50.00, Barangan berkenaan boleh anda dapati di kedai Hardware.
Langkah Kedua
Bersihkan terlebih dahulu, cermin lampu kenderaan anda dengan sabun, dan lap sehingga kering, pastikan proses pembersihan benar - benar bersih tanpa sebarang kotoran.
Selepas itu, keringkan buat sementara waktu.
Langkah ketiga
Ratakan dengan air, permukaan cermin dan mula gosok dengan kertas pasir secara perlahan, dan rata. Seeloknya gunakan kertas pasir gred 600cw. dan gosok secara perlahan mengikut permukaan cermin kenderaan anda. Sambil mengosok, bilas dengan air agar gosokan rata dan tidak melekat., anda akan perasan kotoran - kotoran kuning akan tanggal.
Gosokan pertama ini, selalunya permukaan cermin kenderaan anda masih kasih, walaubagaimanapun, teruskan mengosok, agar ianya kelihatan rata dan licin.
Langkah keempat
Bilas dengan air sabun, agar kotoran pada cermin kenderaan anda bersih, setelah itu, lap terlebih dahulu dengan kain agar ianya kering. Setelah itu, gunakan kertas pasir yang halus seperti gred 1000cw dan buat gosokan kali kedua. Teknik mengosok haruslah rata, agar permukaan cermin rata, licin dan halus. Tujuan gosokan kali kedua adalah melicinkan lagi permukaan cermin kenderaan anda, dan menanggalkan kotoran - kotoran kecil atau yang degil ditanggalkan. Anda akan melihat perbezaan gosokan pertama dengan kedua.
Langkah kelima
Langkah seterusnya, gunakan kertas pasir yang lebih halus iaitu gred 2000cw, gosokkan itu bagi memastikan permukaan lampu kenderaan anda lebih halus dan licin.
Langkah keenam
Bilas sekali lagi dengan air sabun dan lap dengan kain kering, agar ianya benar - benar kering. setelah itu, biarkan seketika, buat beberapa minit, agar tidak ada lagi kotoran yang melekat.
Langkah ketujuh
Gunakan spray cat clear, dan mulakan spray secara rata dengan jarak yang sesuai. Spray semua permukaan cermin kenderaan anda dengan halus dan rata. Setelah selesai biarkan ianya seketika, untuk kering, dalam beberapa minit atau jam.
Langkah kelapan
Setelah spray pertama benar - benar kering, mulakan spray kedua dengan perlahan dan rata. Tujuan spray kali kedua, agar memastikan permukaan spray pertama tidak raya dapat ditutup dan diratakan semula. Tambahan itu juga, spray kedua membuatkan permukaan cermin kenderaan anda lebih kuat dan tahan lama.
Langkah kesembilan
Setelah selesai, biarkan ianya kering sepenuhnya. Awas jangan hidupkan lampu kenderaan anda ketika anda memulakan spray atau semasa sebelum spray belum kering.
Semoga tip ini memberi sedikit panduan dan menjimatkan kos perbelanjaan anda untuk servis sendiri kenderaan anda.
Sehubungan daripada itu juga, disini dikongsikan video dari yourtube yang dimiliki oleh Aleep Just Fix untuk perkongsian bersama.
Selamat Mencuba dan Berjaya...
0 Comments