10 JAM PEMANDUAN SANGAT MENYERONOKKAN

10 JAM PEMANDUAN SANGAT MENYERONOKKAN

Pemanduan dengan jarak yang jauh sememangnya amat mencabar, namun menyoronokkan bukan sahaja mampu melegakan tekanan fikiran dengan melihat - lihat sambil menikmati keindahan pemandangan sepanjang perjalanan, namun mendapat pengalaman yang mencabar dalam diri, khususnya kemampuan anggota badan.

Baru - baru ini penulis berkesempatan untuk mengunjungi Daerah Tawau atas urusan jalan - jalan. Perjalanan mengambil masa sepuluh (10) jam dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda, dari Bandaraya Kota Kinabalu. Sepanjang perjalanan, pemandangan yang indah seperti tumbuh - tumbuhan dapat di lihat dengan lebih jelas dan dekat, seperti tanaman sayur - sayuran, pokok getah, kelapa sawit dan banyak lagi yang diusahakan oleh penduduk tempatan. 


Pemanduan berhemah


Dalam pada itu juga, perjalanan ke Daerah Tawau akan melalui beberapa Daerah lain, antaranya Tamparuli, Kundasang, Ranau, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, dan seterusnya tiba di Tawau. Perjalanan sejauh 500 km/j lebih sememangnya amat menyeronokkan. Nasihat penulis, jika anda terasa lela, penat atau kejang adalah lebih baik anda berehat. Tedapat banyak stesen persingahan restoran atau gerai makan yang memyediakan santapan petang. 

Sepanjang perjalanan, cabaran yang dihadapi adalah keadaan jalan raya hanyalah sehala, kurang rata (berlubang), berseleko dan sepanjang pemanduan pastinya akan berselisih dengan kenderaan lain seperti (lori, bus dan lain - lain lagi), dari arah bertengtangan, namun ianya menaikkan semangat cabaran anda dalam pemanduan. Keadaan cuaca juga sangat mempengaruhi terutama di kawasan pergunungan Gunung Kinabalu, iaitu perjalanan dari pekan Tamparuli menuju ke Ranau. Keadaan hujan dan adakalanya kabus tebal menyukarkan penglihatan semasa pemanduan, anda adalah di nasihatkan agar berhati - hati dengan memandu secara perlahan dan memasang lampu kenderaan, agar kenderaan lain dapat melihat anda. Walaupun demikian, pengalaman penulis, ianya amat mencabar kerana dengan keadaan sedemikian adalah merupakan satu pengalaman yang mencabar dan menyeronokkan. Semasa dalam perjalanan, kelihatan juga pemandangan gunung kinabalu dan bukit - bukit yang lain berdiri megah, seolah - olah pemanduan tertumpuh dan menuju ke gunung berkenaan. 



Santai di tepi laut di Daerah Tawau,
sambil melihat pemandangan Negara jiran Indonesia


Sekiranya pemanduan terasa penat, stesen yang paling dirasakan selesa untuk merehatkan anggota badan semasa pemanduan khususnya dari Bandaraya Kota Kinabalu ke Daearah Tawau, anda boleh berehat di pekan Kundasang. Kawasannya yang sejuk, damai serta menyegarkan badan semestinya membuatkan badan terasa segar dan hangat. Dalam pada itu, anda juga boleh menikmati hidangan sup - sup atau minuman ringan di mana - mana cafe yang terletak dan berdekatan dengan tepi jalan di pekan berkenaan. Sambil santai, anda boleh melihat pemandangan Gunung Kinabalu dan tanaman - tanaman sayur yang menghijau diusahakan oleh masyarakat tempatan di daerah berkenaan.

Selain daripada itu, anda boleh juga transit di pekan Telupid atau Kinabatangan untuk santapan pisang goreng dengan teo o panas. Penulis amat teruja dengan layanan yang diberikan oleh masyarakat tempatan ketika berhenti rehat di dua Pekan berkenaan. 

Untuk itu juga, jika anda terasa lela atau kemalaman, adalah amat baik jika anda berhenti dan berehat di mana - mana pekan atau bandar, bagi mengelakkan memandu pada waktu malam, ianya bukan sahaja bahaya, namun dikhuatiri keadaan kenderaan mengalami kerosakkan di sepanjang perjalanan. Secara umumnya, kos penginapan di mana - mana Daerah, seperti yang di alami oleh penulis di Daerah Lahad Datu sangatlah berbaloi. Di samping anda dapat merehatkan badan, anda juga boleh memeriksa keadaan kenderaan anda dengan teliti sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Kunak dan seterusnya ke Daerah Tawau. 

Semoga perkongsian ini, memberi manfaat kepada para pembaca, dan sekiranya maklumat / paparan ini amatlah berguna, sila kongsikan kepada rakan - rakan yang lain agar mereka juga mendapat manfaat kebaikan bersama. Selamat memandu, dan sentiasalah memandu dengan mematuhi peraturan - peraturan jalan raya dengan lebih bijak sana. Ingatkanlah bahawa kemudahan jalan raya ada penggunaan bersama dan marilah kita sentiasa peka dan bertimbang rasa serta beringat - ingat dalam perkara - perkara yang membawa kebaikan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan