Siapa tidak tahu, apa itu food truck?. Food truck merupakan salah satu perniagaan cara moden yang kini semakin popular dan dilakukan di kawasan - kawasan bandar khususnya. Perniagaan ini sangat mudah diusahakan dengan hanya memerlukan sedikit modal permulaan. Umumnya food truck, bukan sahaja dikendalikan atau diusahakan oleh mereka yang sudah berusia, malahan terdapat juga muda mudi yang aktif mengusahakan perniagaan ini.
Ramai orang tidak sedar dan terkata - kata, adakah perusahaan food truck ini mengembirakan dan menjamin, apa istimewanya food truck, dan macam - macam lagi yang menjadi kesangsian serta halangan kepada mereka yang gemarkan perniagaan ini, namun terbatas terhadap sangkaan negatif. Kita harus sedar dan tahu, sesuatu perkara yang kita impikan, ada baiknya kita lakukan (trial and error), tidak mungkin sesuatu perkara yang dilakukan, tidak menghadapi halangan atau cabaran. Perkara yang harus di lakukan jika berhadapan dengan masalah adalah dengan meneliti dan belajar daripada kesilapan serta kelemahan.
Food Truck, antik |
Apa istimewanya food truck. Perusahaan ini, dimana hanya memerlukan kos (modal) yang tidaklah terlampau mahal, perkakas yang diperlukan hanyalah lesen memandu, kenderaan truck (yang sudah direka khas atau diubah suai untuk berniaga), bahan - bahan dagangan (samaada ingin menjual sup - sup, nasi kukus/ kuning, minuman dan lain - lain lagi). Dalam pada itu, seseorang yang berniaga food truck, perlulah ada sifat kesabaran dan kerajinan. Umumnya setiap perniagaan pasti akan mengalami untung rugi. Anda boleh melayari halaman yang di pautkan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan anda terhadap kejayaan perniagaan yang dilakukan 👉 Kunci Kejayaan Dalam Perniagaan
Perniagaan food truck juga, sangatlah mudah di mana ia tidak tertedah kepada ancaman bahaya. Lazimnya perusahan ini dilakukan di kawasan bandar yang menjadi tumpuan ramai. Oleh yang demikian, pihak berkuasa, seperti polis sering kali berkawal atau meronda dan secara tidak langsung dapat menjaga keselematan serta keselesaan anda semasa berniaga.
Food truck, boleh di ibaratkan seperti memancing, dimana perniagaan ini boleh berpindah ke tempat yang lain, yang mendapat sambutan memberansangkan (syarat perlu mendapat kelulusan atau kebenaran dari pihak berkuasa). Tambahan daripada itu, pendapatan perniagaan dapat ditingkatkan. Melaksanakan perniagaan ini haruslah seimbang dengan, pengurusan perakaunan. Perkara, iaitu akaun (balance sheet) adalah amat penting bagi menjamin kelangsungan perniagaan.
Lantaran daripada itu juga, perusahaan food truck adalah fleksible, anda boleh melakukannya mengikut masa sesuka hati anda. Masa rehat yang mencukupi, serta penyusunan atau ketetapan lokasi dapat anda lakukan dengan cara anda sendiri. Walaupun demikian, pastikan anda tidak terlepas daripada kesilapan aturan masa, bagi mengelakkan kerugian. Sebagai contoh, kerugian akan dialami sekiranya perancangan salah, dimana, jika tidak berniaga sewaktu, orang ramai atau sewaktu perayaan di sesuatu tempat berkenaan ataupun sewaktu menjelang bulan gaji.
Disamping itu juga, perusahan food truck, dapat menambah pendapat (pasif income). Perusahaan ini boleh dilakukan pada hujung minggu atau ketika tidak bekerja. Perusahaan santai, seperti menjual minuman, bukan sahaja menyeronokan, malahan dapat membantu diri anda khususnya peningkatan ekonomi isi rumah anda.
Justeru daripada itu, apa istimewa food truck boleh dinilai apabiila ianya sudah di lakukan. Sememangnya apa - apa pun perusahan adalah sama, cumanya bergantung kepada seseorang bagaimana untuk mengurus atau mengusahakannya.
Food truck, santai di bawah pokok |
Semoga beberapa perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, dan berjaya dalam perniagaan yang diceburi. Jika maklumat ini memberi kebaikan kepada anda dan yang lain, sila SHARE agar yang lain juga mendapat manfaat yang sama.
2 Comments
Alhamdulillah terbaik saya suka konsep perniagaan foodtruck ni. Suka Usahawan foodtruck semua terus maju.
ReplyDeleteTahniah, semoga dipermudahkan urusan rezeki tuan, dalam usaha yang di usahakan
Delete