CARA PENJAGAAN ENJIN KERETA DENGAN BAIK

CARA PENJAGAAN ENJIN KERETA DENGAN BAIK

Kenderaan khususnya kereta merupakan kemudahan peribadi yang sangat penting di abad teknologi ini. Umumnya sesebuah isirumah pasti memiliki sebuah atau lebih kenderaan. Kenderaan digunakan untuk pengangkutan dari satu kawasan ke kawasan lain. Pelbagai jenis kenderaan yang menjadi citarasa seseorang, agar ianya nampak bergaya, seperti model keluaran proton atau perodua. Dalam pada itu, terdapat juga, mereka yang gemar kepada kenderaan mewah dan keluaran negara luar. Manakala yang tidak berkemampuan, sudah masti hanya mampu memiliki kenderaan biasa, yang mana harganya mampu milik, seperti perodua kancil, axia, bezza dan lain - lain lagi (kereta second-hand)


penyelengaraan kereta secara berkala



Sejak dahulu lagi, kenderaan (kereta) bukan sahaja digunakan untuk memudahkan perhubungan dari satu kawasan ke kawasan lain, malahan ia juga digunakan sebagai mata pencarian (duit / pendapatan). Kenderaan seperti van, bas, lori, lazimnya digunakan sebagai mengangkut barang - barang dagangan atau di jadikan sebagai kenderaan mengambil serta menghantar penumpang. Kadar bayaran, adalah ditetapkan mengikut jarak dan juga yang telah ditentukan oleh pihak berwajib.

Sehubungan dengan itu, kenderaan (kereta) haruslah diselenggara dengan baik bagi memastikan ketahanannya serta dapat digunakan dengan lebih lama. Cara penjagaan kereta dengan baik adalah bergantung kepada pemiliknya. Secara umumnya, sekiranya pemiliknya mempunyai pengetahuan tentang kenderaan (kereta), secara tidak langsung dia dapat membuat penyelengaraan secara berkala, jika tidak, kebosanan akan timbul kerana, dia terpaksa mengeluarkan kos untuk menghantar kenderaannya ke bengkel untuk penyelengaraan (servis). Perkara atau tindakan ini adalah sedikit sebanyak membebankan serta meningkatkan lagi kos perbelanjaan. 

Justerus daripada itu, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan dengan mempelajari sedikit sebanyak tentang, cara penjagaan enjin kereta dengan baik, adalah melalui sumber youtube, membaca blog, bertanya kepada yang pakar atau melakukan secara (trial and error). Inisitif seumpama ini, akan meningkatkan kepakaran diri agar tahu dan mahir dalam penjagaan kereta khususnya. 



Contoh, penjagaan kereta dengan baik


Penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman tentang bagaimana atau cara penjagaan enjin kereta dengan baik, antaranya. 


  • PEMERIKSAAN BERKALA BATERI KERETA
Bateri lazimnya adalah pemula punca kuasa atau bahan api kepada enjin untuk menghidupkannya. Pemeriksaan, secara dua minggu, terhadap air bateri (jika anda pengguna bateri sel basah). Pastikan air bateri mencukupi, iaitu mencapai had minimum yang ditetapkan, bagi mengelakan timah di dalam air bateri terhakis.

  • PEMERIKSAAN MINYAK ENJIN (MOTOR OIL)
Lazimnya minyak enjin akan berkurangan sekiranya terdapat kebocoran, dalam pada itu juga, minyak akan kehitaman dan pekat jika digunakan terlalu lama, melebihi tempoh yang telah ditetapkan. Sememangnya enjin masih boleh dihidupkan, namun sekiranya minyak enjin sudah berwarna hitam, secara tidak langsung ia akan melembabkan perjalanan atau pergerakan enjin dan boleh menyebabkan enjin panas serta mengalami kerosakan.Oleh itu, periksa secara berkala, selepas dua minggu, dengan menarik picu minyak enjin bagi memastikan kepekatan atau keliatan minyak enjin berkenaan. 

  • PEMERIKSAAN RADIOTOR
Radiotor adalah amat penting pada kenderaan, posisinya diletakkan di hadapan enjin. Fungsinya adalah memberi atau bertindakbalas dengan membantu kepada penyejukan enjin. Sekiranya radiotor tidak mempunyai air, enjin secara tidak langsung akan menjadi panas (overhead). Jika perkara ini berlaku dan bagi mengelakkan perkara tidak diingini, jangan cuba hidupkan enjin atau kenderaan anda, biarkan ia off, agar enjin menjadi sejuk semula. Oleh  yang demikian, anda haruslah sentiasa memeriksa radiotor agar ianya sentiasa mempunyai air, dan dalam masa sama tangki radiotor  tidak bocor. Dalam pada itu, bagi memastikan enjin kereta anda sentiasa baik (smooth), sila gunakan penyejuk (coolen) yang dibenarkan. Selain itu, gunakan air suling berbanding air biasa.


Post a Comment

1 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan