Kesihatan badan adalah amat penting bagi memastikan anggota tubuh badan berada dalam imunisasi seimbang khususnya dari pelbagai ancaman penyakit.
Tindakan bersenam, seperti joging, hiking merupakan salah satu tindakan positif agar aliran darah dalam badan sentiasa berfungsi dengan baik. Sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak, anda juga boleh melalukan senaman di dalam atau dihalaman rumah anda, setiap pagi atau petang.
Lantaran daripada itu, adalah amat tidak baik sekiranya mengamalkan duduk terlalu lama, samada di rumah mahupun ditempat kerja. Lazimya ia boleh menyebabkan tindakbalas kemalasan diri dan menyebabkan anggota badan khususnya bahagian urat sarat, tulang temulang tidak aktif.
Sehubungan daripada itu, berdasarkan gambarajah diatas yang dipetik dari sumber tertentu untuk perkongsian bersama, menunjukkan bahawa risiko yang dihadapi jika duduk terlalu lama. Lazimnya badan akan terasa lemah, berat dan malas untuk melakukan sebarang aktiviti luaran atau sosial.
Selain daripada rasa malas, risiko penyakit yang dihadapi juga adalah seperti diabetis, darah beku, berat naik, sakit jantung, tulang rapuh (sakit tulang belakang) dan adakalnya membuatkan fikiran akan lemah atau kurang berfungsi (nyanyuk).
Perkara ini juga disokong dalam satu kenyataan yang dipetik dari sumber media tempatan : bh online oleh Nadia Hamid (2015) mencatatkan bahawa seperti berikut; Kajian menunjukkan duduk dalam tempoh enam jam secara berterusan selama 15 tahun meningkatkan 40 peratus punca kematian berbanding individu yang duduk kurang tiga jam. Duduk terlalu lama meningkatkan dua kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular berbanding kerja yang memerlukan anda berdiri.
Pakar dan Felo Endokrinologi, Kolej Perubatan Klinik Mayo, Arizona, Amerika Syarikat, Prof James A Levine, menjelaskan duduk terlalu lama mengganggu kesihatan individu.
-----------------------------------------------------------------------------------
Justeru daripada itu, keseimbangan dalam melakukan senaman adalah amat penting agar aliran darah dalam badan dapat berfungsi dengan lancar. Dalam masa sama juga, ianya perlu diseimbangkan dengan rehat (tidur). Sekiranya amalan seumpama ini dilakukan dengan bijak, sudah pasti anda akan merasakan bagaimana perbezaannya. Tambahan daripada itu, otak juga haruslah diperkasakan dengan memikir serta melakukan kerja - kerja yang berfaedah dan bermanfaat, ini kerana jika otak digunakan untuk berfikir dengan baik secara tidak langsung ia akan mengerakkan anggota badan dan seterusnya membawa kepada tindak balas fizikal.
Oleh yang demikian, tingkatkan diri kita dengan melakukan perkara - perkara yang berfaedah khususnya yang memberi kesan positif kepada kesihatan anggota badan.
Semoga maklumat yang dikongsikan serba ringkas ini, memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada para pembaca, dan sekiranya ia memberi manfaat kepada diri anda, sila kongsikan kepada rakan - rakan yang lain agar mereka juga mendapat pengetahuan dan manfaat kebaikan bersama
0 Comments