Renjatan elektrik adakalanya berlaku diluar jangkaan, apatalagi sedang melakukan kerja - kerja walaupun dengan teliti. Perkara seumpama ini, amatlah merbahaya bukan sahaja membawa musibah kecederaan anggota fizikal badan, malahan boleh membawa kepada maut. Selain daripada itu, fakror pendawaian rumah yang tidak sistematik atau tersusun, juga mempengaruhi kepada renjatan elektrik. Justeru itu, tidak hairanlah banyak terjadinya rumah, kedai - kedai terbakar.
Hal ini amatlah penting, sebagai contoh pemasangan soket atau plag dalam rumah yang tidak sistematik, membuatkan anak - anak sering menekannya, tanpa disedari tangan si anak kecil yang pantas adakalanya akan tercucuk atau menyentuh lubang soket atau plag berkenaan. Harus diingati bahawa, setiap soket atau plag, walaupun butang on / off, telah atau berada dalam kedudukan off, namun aliran elektrik tetap masih mengalir, ini kerana wayar negatif juga mempunyai renjatan elektrik.
Seperti yang kita tahu, pada masa kini banyak rumah - rumah yang dibina sangat cantik dan menarik mengikut kehidupan gaya moden. Sistem pendawaiannya juga amat memuaskan, selamat dan tersusun serta ianya disembunyikan di dalam semen. Namun begitu terdapat juga soket / plag yang dipasang di dinding, akan tetapi kedudukannya terletak pada paras yang rendah. Soket / plag berkenaan amat mudah dicapai oleh si anak kecil. Maklumlah kan, kita pun sedia tahu, bagi si anak kecil apa sahaja barang yang dia nampak sudah pasti dicapainya, tanpa mengira baik atau tidaknya. Maklumlah juga, budak - budak kan, manalah dia tahu apa - apa.
Lantaran daripada itu, tindakan bijak haruslah di ambil, bagi mengelakkan sebarang musibah berlaku diluar jangkaan tanpa diingini. Berikut adalah dua kaedah atau tindakan utama dan berkesan yang boleh dilakukan, antaranya;
- MEMINDAHKAN SOKET / PLAG KE PARAS TINGGI
Soket / plag didalam rumah, yang mana kedudukannya rendah boleh dipindahkan ke paras tinggi agar ianya tidak dapat dicapai oleh si anak kecil. Kaedah ini sememangnya memerlukan kos yang agak banyak, kerana terpaksa mengupah pekerja (sekiranya tiada kepakaran) dan juga perbelanjaan terhadap bahan - bahan seperti (semen, tempat soket / plag)
- MENGHADANG SOKET DENGAN PENGHADANG
Tindakan yang baik dan amat mudah ialah dengan menghadang setiap soket dengan penghadang seperti meja, almari, atau pasu bunga dan lain - lain lagi yang boleh dirasakan menghiasi sudut soket / plag berkenaan. Tindakan itu, secara tidak langsung menghalang si anak kecil daripada rapat serta mengapai soket / plag berkenaan.
- KAEDAH DIY (MENUTUP SOKET / PLAG)
Cara kedua adalah menutup soket / plug berkenaan dengan plastik keras atau penutup soket / plug yang boleh didapati di kedai - kedai atau supermaket. Dengan cara ini, dan walaupun kedudukan soket / plug berkenaan berada diparas rendah, si anak kecil tidak akan dapat mencapainya, dia hanya dapat menyentuh luaran atau bekas plastik yang soket / plug berkenaan.
Untuk itu juga, pastikan pemasangan, penutup soket / plag berkenaan kemas dan kuat (tidak tanggal) apabila dicapai oleh si anak kecil.
Tip jimat, anda boleh lakukan tanpa mengeluarkan kos yang banyak, dimana anda boleh menggunakan bekas plastik makanan atau tupperware di rumah anda yang anda tidak gunakan sudah. Pilih saiz tupperware yang bersesuaian mengikut saiz soket / plag. Tebuk bahagian tepinya (khususnya bawah) bagi memudahkan anda mencucuk Plag penyambung (extention). Gunakan skrew atau pelekat gum yang kuat agar ianya tidak tanggal.
Justeru daripada itu, tetapkan diri kita agar sentiasa berada pada paksi yang berjaga - jaga atau waspada terhadap perkara - perkara di sekeliling kita, khusunya rumah kediaman agar tidak mudah terdedah kepada perkara - perkara negatif diluar jangkaan. Pemeriksaan tahap keselamatan, khususnya pendawaian, keadaan rumah atau kediaman haruslah dilakukan samada secara berkala, bagi memastikan ianya berada dalam kedaan baik.
0 Comments