MENIKMATI MAKAN MALAM DI RESTORAN SRI TITINGAN TAWAU

MENIKMATI MAKAN MALAM DI RESTORAN SRI TITINGAN TAWAU

Tawau merupakan slah satu Daearh yang berdekatan dengan Negara jiran Indonesia. Daerah Tawau di hubi oleh pelbagai suku kaum, antaranya bajau, banjar, timur, suluk, bugis dan lain - lain lagi. Walaupun perbezaan bangsa dan agama, mereka tetap hidup dan hormat menghormati antara satu sama lain, dan di samping itu sentiasa bantu membantu dalam menjayakan sesuatu perkara atau kerja yang dilakukan.

Sempena mansau - mansau ke Daerah Tawau, penulis berkesempatan untuk menikmati makan malam di Restoran Sri Titingan yang terletak di batu dua, Daerah Tawau. Kawasannya yang luas serta selesa, sangat memudahkan para pengunjung untuk berkunjung ke tempat berkenaan. 

Pandangan atau suasana Restoran Sri Titingan


Restoran Sri Titingan juga menyediakan Busker tempatan untuk menghiburkan para pengunjung agar lebih meriah dan terhibur semasa atau sedang menikmati santapan malam bersama keluarga. Dalam pada itu, kawasannya yang luas sangat mudah untuk pengunjung meletak (parking) kenderaan dengan selamat. Kemudahan - kemudahan asas seperti tandas, surau juga turut disediakan oleh pengusaha restoran berkenaan. 

Selain daripada itu, para pekerja Restoran Sri Titingan sangat tangkas dan cekap melakukan kerja - kerja antaranya melayan tetamu yang datang, mengambil pesanan dan juga yang lainnya. Manakala bahagian dapurnya pula sangatlah bersih, serta para pekerjanya yang sentiasa menjaga kebersihan semasa melakukan kerja - kerja memotong sayur atau memasak dan sebagainya.

Menu yang disediakan di Restoran Sri Titingan juga, sangat menyelerakan seperti ikan masak tiga rasa, halia atau stim. Sayur - sayurnya pula di masak mengikut selesa pengunjung, samaada mahukan pedas atau sederhana. Selain itu, minuman juga dihidangkan seperti jus oren, tembikai dan lainnya. 

khusyuk menikmati santaman malam yang menyelerakan


Penulis tidak menyangka bahawa, harga yang ditawarkan oleh pengusaha Restoran Sri Titingan sangat berbaloi, menu yang kami tempah antaranya ikan masak 3 rasa, dua jenis sayur, dua hidangan seafood dan nasi serta dua jug minuman untuk lapan orang.

Dalam pada itu, sambil menanti hidangan berat, terdapat juga makanan - makanan ringan antaranya kerepek, aiskrim dan lain - lain boleh dinikmati oleh pengunjung. 

Sehubungan daripada itu, mansau mansau ke Daerah Tawau, jangan lepaskan peluang untuk menikmati santapan bersama rakan - rakan atau keluarga di Restoran Sri Titingan. 


Sepanjang mansau - mansau di Daearh Tawau, penulis juga berkesempatan menikmati minum petang di salah satu Restoran di kawasan Bhazong, yang mana ianya terletak di tebing laut. Kawasanya yang bersih dan menyelerakan serta menyegarkan minta semasa menikmati santapan petang. 


Semoga perkongsian maklumat ini memberi sedikit pengetahuan dan manfaat kepada para pembaca, dan sekiranya ia membawa kebaikan, sila kongsikan kepada rakan - rakan lain agar mereka juga bersama - sama dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan