Cuaca hujan atau ribut sememangnya tidak boleh dijangka ketepatannya seratus peratus semasa ianya berlaku atau tidak. Walaupun demikian, dengan teknologi canggih, ujikaji data ramalan cuaca dari pihak berkuasa mampu membantu para masyarakat di mukim berkenaan untuk bersiap siaga atau berjaga - jaga semasa berlaku atau daripada bencana berkenaan.
Lantaran daripada itu, pemanduan di jalan raya semasa musim hujan atau ribut sangatlah mencabar dan merbahaya, jika tidak mematuhi peraturan - peraturan jalan raya yang ditetapkan pihak berkuasa. Seperti yang kita tahu, kes kemalangan sering berlaku ketika waktu hujan dan ribut petir. Ini kerana, semasa cuaca berkenaan, faktor - faktor penglihatan adalah terbatas (kabus) dan adakalanya jalan raya tidak kelihatan dengan jelas. Selain daripada itu, keadaan jalan raya yang basah dan licin juga membahayakan pemanduan.
Pemanduan berhema dengan kelajuan sederhana semasa cuaca hujan dan ribut |
Justeru daripada itu, pemanduan berhemah dengan mematuhi peraturan - peraturan jalan raya amatlah penting, ia bukan sahaja kepada keselamatan diri sendiri, namun juga membantu kepada keselamatan pemandu yang lain. Semasa keadaan cuaca tidak baik, adalah disarankan memandu dengan kelajuan sederhana atau perlahan dan memasang lampu hadapan kenderaan. Perkara ini amatlah penting kerana, ia memudahkan kenderaan hadapan dapat melihat kenderaan yang anda pandu, serta menghindari perlanggaran.
Selain daripada itu, adalah wajib semasa memandu pada cuaca buruk dengan memasang wiper cermin. Pasangkan (on) pada kelajuan yang bersesuaian dengan penglihatan anda. Perkara ini adalah amat penting, bukan sahaja memudahkan penglihatan, namun membersihkan hadapan cermin kenderaan anda.
Pemanduan berhemah pada waktu hujan dan ribut, adalah di dokong oleh keadaan kenderaan, seperti tayar yang baik (berbunga) agar dapat mencengkam dengan seimbang. Absober yang mantap, tanpa bergoyang. dan juga lampu hadapan, belakang dan break berfungsi dengan baik. Perkara ini adalah amat penting, dan membantu kepada minima kemalangan di jalan raya.
Di ingatkan juga semasa pemanduan, tidak kira cuaca baik atau buruk agar sentiasa memakai talipinggang kenderaan bagi keselamatan dan mengelak anda daripada dikenakan tindakan undang - undang yang membawa kepada kompaun.
Oleh yang demikian, marilah kita sentiasa mematuhi peraturan - peraturan jalan raya yang telah dikuatkuasakan agar kes kemalangan jalan raya berada atau mencapai ke tahap sifar.
Sekiranya maklumat yang dikongsikan ini bermanfaat kepada diri anda, sila kongsikan kepada rakan - rakan yang lain agar mereka juga mendapat manfaat yang sama.
0 Comments