Kenderaan kereta adalah salah satu kemudahan pengangkutan yang sangat penting pada masa kini, dengan pengangkutan kita amat mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Umumnya, pada masa kini kenderaan bukan sahaja digunakan sebagai pengangkutan barang - barang dagangan seperti dahulu kala, namun ia juga digunakan sebagai tempat meletakkan barang - barang, dibuat cabin dan ada juga yang mengiasnya sebagai restoran (food truck).
Sehubungan daripada itu, pemilikan kenderaan oleh seseorang adalah bergantung kepada pendapatan atau kemampuannya. Ramai kelihatan pada masa kini, masyarakat dari peringkat usia rata - ratanya memiliki kenderaan persendirian. Hampir setiap isu rumah memiliki lebih dari sebuah kenderaan.
Lantaran daripada itu, ingin dibicarakan dan dikongsikan tentang tip membeli kenderaan. Lazimnya mereka yang berkemampuan sudah pasti gemar membeli secra tunai, berbanding mereka yang tidak berkemampuan, terpaksa melalui kaedah ansuran dengan menggunakan khidmat perbankan, walaupun dikenakan caj tambahan asalkan dapat memiliki kenderaan idaman.
Tip yang paling penting sebelum anda membeli kenderaan, anda haruslah membuat penilaian pasaran terlebih dahulu, dengan mengetahui jenis -jenis kenderaan serta kualiti kenderaan. Anda boleh memulakan pencarian menggunakan media sosial seperti youtube, facebook dan google. Selain daripada itu, anda juga boleh bertanya terus kepada rakan - rakan yang sudah memiliki kenderaan, tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumbalas serta ilmu-ilmu yang mereka alami sepanjang mereka menggunakan kenderaan mereka.
Dalam masa sama, anda juga harus bijak menilai dengan menetapkan keseimbangan pendapatan dengan perbelanjaan anda, khususnya tahap kemampuan anda untuk membeli kenderaan yang di idamkan. Adalah amat penting agar anda tidak mengalami keberhutangan yang tinggi sehinggakan kenderaan anda ditarik semula oleh pihak berwajib.
Langkah seterusnya, anda haruslah menentukan kefungsian kenderaan yang anda ingin beli, maksudnya adakah kenderaan yang dibeli sekadar pengangkutan diri sendiri, keluarga atau perdagangan. Perkara ini amatlah penting, untuk anda menentukan titik kemampuan pembelian anda samaada melalui tunai atau khidmat bank.
Selain daripada itu, anda juga huruslah mengetahui ciri - ciri atau faedah kebaikan yang ada pada sesuatu kenderaan, seperti adakah spare-part kenderaan berkenaan murah dan mudah diperolehi, adakah penggunaan petrol pada kenderaan berkenaan jimat atau sebaliknya dan juga kualiti ketahanan serta kestabilan kenderaan tersebut.
Pengetahuan mendalam khususnya tip membeli kenderaan sedikit sebanyak membantu anda agar puas hati dalam memiliki kenderaan idaman anda. Untuk itu, semoga tip ini memberi input pengetahuan kepada para pembaca dan sekiranya maklumat ini bermanfaat pada diri pembaca, jangan lupa kongsikan kepada rakan - rakan atau sahabat - sahabat yang lain agar mereka juga mendapat menfaat ilmu pengetahuan bersama.
0 Comments