Hari ini 14 Januari 2021, menunjukkan jumlah kes baharu sebanyak tiga ribu tiga ratus dan tiga puluh tujuh. Angka berkenaan dipetik daripada simber laman muka buku Kementerian Kesihatan Malaysia, seperti pada gambarajah di bawah.
laman muka buku kkm |
Berdasarkan pada gambarajah di atas dan diperincikan bahawa jumlah keseluruhan kes adalah 147,855 kes. Semua negeri mencatatkan pertambahan kes, di mana Negeri Selangor antara yang merekodkan jumlah tertinggi sebanyak satu ribu dan tiga puluh enam (+1036) diikuti oleh Negeri Johor sebanyak empat ratus dan enem puluh (+460), Negeri Sabah sebanyak tiga ratus dan lapan puluh sembilan (+389), Negeri Kuala Lumpur sebanyak dua ratus dan lima puluh tujuh (+257), Negeri Pulau Pinang sebanyak dua ratus dan tiga puluh empat (+234), Negeri Sarawak sebanyak seratus dan lapan pukug (+180), Negeri Sembilan sebanyak seratus dan enam puluh sembilan (+169) dan Negeri Pahang sebanyak seratus dan tiga belas (+113).
Manakala negeri - negeri lain mencatatkan angka pertambahan dibawah seratus, seperti Negeri Perak (+92), Negeri Terengganu (+89), Negeri Kedah (+86), Negeri Melaka (+85), Negeri Kelantan (+85), Wilayah Persekutuan Labuan (+34), Putrajaya (+24) danNegeri Perlis (+4).
Dalam pada itu juga, berdasarkan pada sumber media tempatan bh online bertarikh 14 Januari 2021 yang dikeluarkan jam 6.53pm, mencatitkan bahawa kematian baharu sejumlah lima belas orang (15) dan kes sembuh baharu sejumlah seribu tujuh ratus dan sepuluh (1710).
Justeru daripada itu, sepanjang tempoh pkp, pkpb yang telah dikuatkuasakan pihak berkuasa, dan marilah kita tingkatkan kepatuhan kita dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Dalam masa sama panjatkan doa kepada ilahi semoga pendemik ini berakhir dengan selamat dan berjaya.
0 Comments