Seperti yang sedia maklum bahawa hari ini 18 Januari 2021 jam 4.00 petang tadi YAB Perdana Menteri telah membuat pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), yang mana bersiaran langsung di kaca televisyen, saluran media sosial Facebook, dan Radio tempatan. Berikut adalah intipati yang terkandung dalam pengumuman atau ucapan YAB Perdana Menteri, seperti yang di rujuk pada sumber laman sesawang Perdana Menteri Malaysia untuk rujukan serta pengetahuan bersama;
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI)
Pertama : Memerangi Wabak COVID-19;
Kedua : Memelihara Kebajikan Rakyat; dan
Ketiga : Menyokong Kelangsungan Perniagaan.
MATLAMAT
PERTAMA : MEMERANGI WABAK COVID-19
- Inisiatif 1: Melaksanakan Program Vaksinasi COVID-19
- Inisiatif 2: Mengukuhkan Sistem Kesihatan Negara
- Inisiatif 3: Meningkatkan Kerjasama dengan Hospital Swasta
- Inisiatif 4: Memperkukuh Saringan Kesihatan Pekerja
MATLAMAT KEDUA: MEMELIHARA KEBAJIKAN RAKYAT
- Inisiatif 5: Mempercepatkan Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat
- Inisiatif 6: Memperkukuh Program Kebajikan
- Inisiatif 7: Meneruskan Tempoh Moratorium dan Pengurangan Ansuran Pinjaman
- Inisiatif 8: Menambah baik Program i-Sinar KWSP
- Inisiatif 9: Melanjutkan Tempoh Pelepasan Cukai Khas Ke Atas Pembelian Telefon Bimbit, Komputer dan Tablet
- Inisiatif 10: Melanjutkan Tempoh Capaian Internet Percuma
- Inisiatif 11: Melanjutkan Tempoh Pengecualian Cukai Jualan ke atas Kenderaan Penumpang
- Inisiatif 12: Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Peminjam PTPTN
MATLAMAT KETIGA : MENYOKONG KELANGSUNGAN PERNIAGAAN
- Inisiatif 13: Menambah baik Program Subsidi Upah
- Inisiatif 14: Meneruskan Geran Khas Prihatin
- Inisiatif 15: Menyediakan Bantuan Kewangan One-Off kepada Pemandu Teksi dan Bas
- Inisiatif 16: Mempercepatkan Pelaksanaan Skim Mikrokredit
- Inisiatif 17: Menyokong dan Merancakkan Perniagaan Dalam Talian
- Inisiatif 18: Menambah Baik Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin
- Inisiatif 19: Menjadual Semula dan Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Pinjaman MARA dan Sewaan Premis MARA
- Inisiatif 20: Meneruskan Pemberian Diskaun Bil Elektrik
- Inisiatif 21: Memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi
- Inisiatif 22: Menambahbaik Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 2020
Justeru daripada itu, maklumat terperinci tentang intipati pengumuman di atas boleh dirujuk pada pautan yang telah dijadikan sumber iaitu laman sesawang Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan juga saluran media tempatan bh online (terbitan Januari 18, 2021 @ 5.11pm).
Dalam pada itu juga, yang mana ianya berkaitan dan perlu diketahui bahawa kemaskini atau permohonan BPR 2021 yang telah dibuka bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021. Untuk itu, dan bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari juga pautan 👉 Kemaskini / Permohonan Baharu BPR 2021
0 Comments