31 DISEMBER 2020 KES BAHARU COVID -19 MENGIKUT NEGERI

31 DISEMBER 2020 KES BAHARU COVID -19 MENGIKUT NEGERI

Terkini 31 Disember 2020, isu Covid - 19 yang masih belum berakhir sangat membimbangkan buat semua masyarakat samaada yang tinggal di kawasan bandar mahupun luar bandar. Pendemik ini yang mana virusnya tidak kelihatan dengan mata kasar dan mampu bertindak dengan cepat tanpa mengira di mana sahaja. 

Sumber : kkm

Sehubungan daripada itu, dan berdasarkan pada gambarajah di atas yang dipetik daripada laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan kes adalah 113,010, hari ini sahaja 31 Disember 2020 sebanyak 2525 kes baharu di rekodkan.

Rata - ratanya semua negeri mempunyai pertambahan kes, kecuali Negeri Perlis yang mencatatkan angka sifar sahaja. Berdasarkan pada gambarajah di atas terdapat beberapa negeri yang mencatatkan pertambahan kes dengan angka seratus (100) keatas antaranya kes paling tinggi adalah di Negeri Selangor sejumlah 1205 kes, diikuti oleh Negeri Sabah sejumlah 299 kes, Negeri Melaka mencatatkan 239 kes manakala Negeri Johor 194 kes.

Negeri - negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak, Putrajaya, Sarawak, Kelantan, Terenganu, Pahang, Negeri sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan masing - masing mencatatkan pertambahan kes dibawah seratus (100) sahaja. 

Lantaran daripada itu, apa yang kita lihat sekarang, peratusan kes boleh dikatakan meningkat dari masa ke semasa, oleh yang demikian marilah kita patuhi langkah - langkah pencegahan dengan mengikuti peraturan - peraturan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa agar pendemik ini dapat kita putuskan dengan segera. Kita jaga kita, dan kita jugalah barisan hadapan yang bersemangat kental dan kuat melawan isu covid - 19 dengan jayanya serta kuasa yang maha esa.

Justeru daripada itu, diharap perkongsian ilmu pengetahuan ini dapat meningkatkan minda para pembaca dan sila kongsikan kepada rakan taulan yang lain agar mereka juga bersama - sama kita mendapat manfaat ilmu pengetahuan kebaikan. 



 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Belanjawan Negara