Pengumuman khas darurat oleh Perdana Menteri, sebentar tadi jam 11 pagi bersamaan 12 Januari 2021 adalah menjurus kepada beberapa perkara dan salah satunya, perintah ini bukannya perintah berkurung atau pemerintahan tentera.
Dalam pada itu juga, berdasarkan kepada sumber yang dipetik daripada media tempatan sinar harian dalam isi kandunganya mencatitkan bahawa, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.
Perkara tersebut dimaklumkan Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Ahmad Fadhil, Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi membentuk satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan dan yang berkait.
Menurutnya, Proklamasi Darurat dicadang sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif Covid-19 harian yang mencecah empat angka secara berterusan sejak Disember lalu.
Maklumat penuh boleh klik pautan sinar harian, seperti yang telah di nyatakan di atas.
---------------------------------------------------------
Bersama ini juga di lampirkan adalah ucapan penuh YAB Perdana Menteri yang dipetik dari sumber Youtube (Buletin TV3) tentang perkara di atas.
Lantaran daripada itu juga, marilah kita bersama - sama bergantung bahu dengan meningkatkan kepatuhan sop yang telah dikuatkuasakan pihak berkuasa, agar pendemik ini dapat di tamatkan dengan jayanya. Segala aktiviti harian dapat kita lakukan secara sihat seperti sedia kala.
0 Comments