AMALAN HIDUP SIHAT

AMALAN HIDUP SIHAT

Kesihatan anggota badan adalah amat penting dalm hidup seharian. Anggota badan khususnya zhir dan batin haruslah di jaga dengan lebih baik dan bijak agar tidak mengalami kecacatan, samaada dalaman mahupun luaran. Secara spesifiknya, manusia sememangnya tidak terhindar daripada melakukan perkara - perkara di luar jangkaan yang boleh menjejaskan kepada kesihatan, hal ini terjadi kerana semua manusia mempunyai satu sifat penyakit yang diberi nama pelupa, yang boleh menyebabkan sesuatu perkara dilakukan samaada secara sengaja atau tidak sengaja.


Lantaran daripada itu, amalan hidup sihat dalam diri haruslah di lakukan agar anggota badan sentiasa cergas dan bertenaga. Terdapat banyak cara atau amalan yang boleh dilakukan, antaranya;


  • Tidur Awal
Anggota badan sememangnya memerlukan rehat yang secukupnya agar mendapat tenaga yang seimbang. Selain itu juga, dengan tidur yang mencukupi, aliran darah dalam badan akan lebih lancar keseluruh anggota. Badan dan fikiran tidak akan terbuai - buai apabila mendapat rehat (tidur) secukupnya. Dalam pada itu, fikiran juga akan cekap dan tangkas untuk berfikir dan seterusnya cepat memberi tindakan kepada anggota fizikal untuk melakukan sesuatu perkara. Tidur awal haruslah dipraktikan dengan seimbang agar mendapat kesihatan rehat yang secukupnya. 
  • Makan dan minum secara seimbang
Makan dan minum juga haruslah dijaga dengan baik, dan seperti yang disarankan dimana harus makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Pernahkah anda mengalami rasa berat badan atau sesak, apabila anda makan terlalu berlebihan, ini kerana ruangan atau tangki perut anda terlalu penuh dan mampat, sehinggahan proses penghadapan berlaku terlalu lambat. Seimbangkan pemakanan dengan meminim air, agar makan dalam perut dapat dicerna dengan baik. 
Dalam pada itu juga, jenis makanan yang dimakan juga haruslah diseimbangkan dengan buah - buahan yang berkhasiat. 
  • Bersenam
Amalan hidup sihat juga boleh dijaga dengan melakukan senaman samaada di dalam rumah mahupun diluar rumah. Lazimnya senaman memberi kecerdasan kepada anggota badan, seperti berjoginghikingbermain badmintonberbasikal dan lain - lain. Bersenam boleh dilakukan di taman - taman rekreasi yang mana suasananya memberi kesegaran kepada minda. Aktiviti bersenam juga, boleh dilakukan secara berkumpulan seperti zumba, bermain bola sepak, atau juga secara bersendirian. Lazimnya dengan bersenam, secara tidak langsung ia akan membakar kalori dalam badan, mengerakkan tulang temulang badan dan seterusnya juga melancarkan aliran darah dalam badan. 
  • Bersosial secara positif
Bersosial juga amatlah perlu dalam kehidupan demi mengeratkan ikatan silaturrahim sesama ummat. Untuk itu, ia juga membawa kepada amalan hidup sihat jika megauli orang - orang yang positif. Kesihatan minda atau fikiran akan terpengaruh kepada perkara - perkara kebaikan dan seterusnya boleh membawa kepada tindakan fizikal yang positif. Dalam pada itu juga, diri akan membangun dengan lebih maju ke arah kebaikkan. 
  • Menjauhi perkara - perkara keburukan atau negatif 
Dalam kehidupan seharian, sememangnya perkara - perkara negatif sentiasa dihadapi atau berada depan mata. Perkara negatif meliputi pelbagai aspek samaada secara kasar atau halus, yang terkadang dilakukan tanpa disedari, seperti mencuri, mengambil bahan - bahan terlarang, mengumpat, dengki dan sebagainya. Perkara seumpama ini akan lebih meningkat sekiranya dipengaruhi oleh hawa nafsu yang negatif dan juga pengaruh orang - orang yang berada pada paksi negatif. Menjauhi atau mengelak daripada perkara seperti demikian, boleh meningkatkan amalan hidup sihat dalam diri khususnya kepada kesihatan rohani dan juga jasmani.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian