Anjur Solat Taubat Dan Bacaan Yassin Tangani Covid 19

Anjur Solat Taubat Dan Bacaan Yassin Tangani Covid 19

Membaca surah yassin sememangnya memberi banyak manfaat kepada kesihatan rohani. Dalam pada masa yang sama, ilmu pengetahuan dari segi bacaan, hafazan boleh ditingkatkan. Membaca surah yassin boleh dilakukan secara bensendirian atau beramai - ramai. 


Sehubungan daripada itu, dan menurut sumber media  masa tempatan slot berita mutakhir, dalam kenyataannya bertarikh 28 Januari 2021 (Khamis) oleh Mohd Amin Jalil adalah seperti berikut:

Seremban: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengarahkan semua ahli jawatankuasa kariah masjid dan surau di negeri itu menganjurkan solat taubat, hajat dan bacaan Yasin selepas solat Maghrib, hari ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di Negeri Sembilan dan seluruh negara. Maklumat selanjutnya boleh layari sumber : my metro.


khusyuk dan tenang membaca surah - surah  Al - Quran


Langkah seumpama ini adalah amat baik, dengan memanjatkan doa kepada Illahi semoga isu pendemik Covid 19 yang dihadapi sekarang ini akan pulih sepenuhnya dan mendapat keberkatan mulia darinya. Sesungguhnya hanya kepadanya tempat memohon dan meminta.


Lanjutan daripada itu, ikuti juga 👉 Kelebihan Membaca Surah Yassin Di Masjid


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian