Apakah Itu Thalassaemia Dan Tanda - Tandanya

Apakah Itu Thalassaemia Dan Tanda - Tandanya

Kesihatan anggota badan adalah amat penting dalam meneruskan kelangsungan hidup seharian. Oleh yang demikian, pemakanan haruslah di jaga dan dikawal dengan rapi agar sentiasa mengamalkan pemakanan seimbang. Dalam pada itu, lakukan juga aktiviti luar, iaitu senaman seperti berjoging, berbasikal, zumba dan sebagainya. Amalan gaya hidup sihat, bukan sahaja memberi kesihatan kepada anggota badan, malahan ia akan menghidupkan suana dalam diri yang ceria dan gembira. 

urutan kaki, boleh melancarkan perjalanan darah, membuang toksin dalam badan


Di samping itu juga dan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan bersama, mari kita kongsikan pengetahuan dengan mengenali lebih dekat tentang salah satu penyakit yang dinamakan thalassaemia.  Secara umumnya, penyakit ini adalah sejenis kelainan bawaan baka pada sel darah merah manusia. Seseorang yang mempunyai baka ini tidak dapat menghasilkanhomoglobin yang mencukupi. 

Lanjutan daripada itu, dan berdasarkan pada sumber laman sosial Facebook milik Kementerian Kesihata Malaysia (KKM), menghuraikan beberapa tanda penyakit thalassaemia, antaranya seperti berikut;

  • Pembesaran tengkorak (tulang pipi dan tulang rahang)
  • Pucat yang semakin ketara (sentiasa kelihatan lemah dan lesu)
  • Bengkak abdomen disebabkan pembesaran hati dan limpa
  • Anemia yang teruk dan boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Mengalami masalah kekurangan darah (anemia) apabila mencapai usia diantara tiga (3) bulan dan lapan belas (18) bulan
  • Tumbesaran terbantut

Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan, sumber : myhealth.

Justeru daripada itu, bak pata mengatakan, ' mencegah adalah lebih baik daripada merawat'. Rawatan yang rapi juga dengan merujuk kepada pakar merupakan salah satu tindakan positif dalam mencega apa juga tingkat kesihatan yang dihadapi. Dalam masa yang sama, panjatkan doa kepada Illahi dengan memohon kepadanya agar sentiasa mendapat kesyukurannya dan diberikan kesihatan zahir dan batin yang baik serta berpanjangan. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian