BAGAIMANAKAH MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT

BAGAIMANAKAH MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT

Rumah adalah salah satu aset tetap yang mempunyai nalai yang tinggi setiap tahun. Umumnya, rumah juga adalah amat penting sebagai tempat berteduh atau berehat takala penat lela dalam melakukan kerja - kerja seharian. Terdapat banyak jenis atau reka bentuk rumah yang dibina pada masa sekarang, antaranya rumah teres, rumah kampung, rumah flat dan juga rumah pangsa. 

Justeru daripada itu, Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang diperkenalkan dapat membantu masyarakat khususnya mereka yang kurang berkemampuan. Pelan ini juga dapat membantu golongan seperti petani, nelayan, keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah, namun memiliki atau mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri dengan selesa. 

Syarat - syarat kelayakan Rumah Mesra Rakyat (RMR) seperti mana yang dipetik dari sumber laman sesawang SPNB, antaranya;

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan

NOTA:

  • Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

Gambar Hiasan


Dalam pada masa yang sama, sebelum membuat permohonan, boleh layari laman sesawang SPNB untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat (RMR) khususnya maklumat tambahan berikut dan yang lainnya :
  1. Dokumen permohonan yang diperlukan
  2. Tatacara permohonan 
  3. Tanggungjawab pemohon


Dimanakah saya membuat permohonan RMR ? 
  • Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) di laman sesawang milik SPNB
          Sila Tekan Untuk Permohonan  👉 Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR)



Lantaran daripada itu, Semoga maklumat ini memberi sedikit manfaat, dan mereka yang belum mempunyai rumah namun berkelayakan boleh mencuba dan memohon agar mendapat rumah atau kediaman sendiri yang lebih selesa dan selamat. Dalam pada itu, Rumah Mesra Rayat (RMR) dangat menarik dan mampu dimiliki. Ikuti juga maklumat penting tentang perkara yang perlu diketahui semasa membeli / membina rumah

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan